Baru-baru ini rakyat Malaysia diperkenalkan dengan Spiderman yang menjual nasi lemak di bandar Kota Bharu, Kelantan.

Kalau dulu tugas super hero hanya menyelamatkan orang tetapi kini mereka telah mula berniaga. Mungkin untuk mengurangkan beban kehidupan agaknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka bukanlah seperti super hero seperti dalam filem sebaliknya hanya memakai kostum super hero tersebut sebagai salah satu usaha untuk menarik kehadiran pelanggan.

deadpool-sabah-1

Kelainan yang ditonjolkan itu bukan sahaja membuktikan rakyat Malaysia kreatif dalam mencari dan menambah pendapatan, tetapi juga memaparkan kegigihan mereka untuk berjaya.

Mungkin mendapat inspirasi daripada kejayaan gaya perniagaan unik itu, kini seorang lagi anak muda menggunakan resipi yang sama untuk menarik perhatian khalayak terhadap perniagaan yang diceburinya.

Mengambil tempat di Kota Kinabalu, Sabah, si peniaga yang dikenali sebagai Malfil Yusof, mengenakan kostum adiwira Deadpool dan menjual sarapan di sekitar Jalan Sulaman, Kota Kinabalu.

deadpool-sabah-2

Ia ternyata membuahkan hasil kerana jualannya laris dan kebiasaannya akan habis dalam masa sejam. Pelanggan bukan sahaja datang untuk membeli sandwich dan kopi yang dijual, tetapi juga untuk bergambar bersama watak adiwira terkemuka itu.