Tiada Shah Rukh Khan di dalam skrin bagi 1 jam pertama Dear Zindagi meskipun tertera besar wajah SRK dalam poster sebagai antara tunjang utama filem. Ini kerana karya kedua Gauri Shinde selepas English Vinglish sekali lagi mengangkat wanita menjadi hero dalam filem bergenre drama romantis ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun begitu, penguasaan watak utama yang dilakonkan oleh Alia Bhatt tidak kaku dan tidak membosankan sehingga dapat menguasai layar sejam pertama dengan baik.

Imbasan Jalan Cerita

Kaira, seorang pengarah fotografi (DOP) muda yang mendapat pendidikan sinematografi di New York, Amerika. Meskipun kerja glamour, hasil kerja dapat pujian, dikelilingi rakan-rakan yang memahami, Kaira ada masalah tersendiri dalam percintaan.

Kaira tidak boleh bertahan lama dalam perhubungan yang terjalin antara dia dan lelaki-lelaki yang hadir di dalam hidupnya kerana berasa tidak selamat dalam perhubungan. Lalu dia memilih untuk ucapkan selamat tinggal terlebih dahulu sebelum teman lelaki meninggalkannya.

Detik perubahan terbesar dalam hidup berlaku selepas dia hilang calon Mr. Right, hilang pekerjaan dan hilang tempat tinggal sehingga wanita berkeyakinan tinggi dan berkarisma ini mula jadi tidak keruan dan susah tidur selepas meninggalkan kota besar dan kembali ke rumah keluarga di Goa.

Bagi mengatasi masalah, Kaira pergi berjumpa seorang ahli terapi yang dia panggil “Brain Doctor” aka BD. Ahli terapi ini bernama Dr. Jehangir “Jug” Khan lakonan SRK. Momen-momen Kaira mendapat nasihat daripada Jug inilah yang makin menghidupkan cerita Dear Zindagi.

Kaira Itu Antagonist

Watak Kaira diangkat sebagai protagonist oleh Gauri Shinde yang menulis skrip Dear Zindagi. Tapi makin lama ditonton boleh dirasakan Kaira juga membawa watak antagonist di dalam dirinya. Ini berpunca daripada konflik dalaman yang dia tanggung sejak kecil lagi.

Konflik itu membuatkan Kaira jatuh cinta tiga kali dengan lelaki yang berbeza menjadi seorang yang curang, ego tinggi dan takut komitmen dalam percintaan. Disebabkan perangai sebegitu, dia kehilangan lelaki yang dia sayang selepas mengabaikan permintaan untuk lebih serius dalam perhubungan mereka.

Selepas mengalami jatuh bangun dalam masalah percintaan dia mula memikirkan tentang “zindagi” iaitu kehidupan atau lebih tepat mencari makna kehidupan yang sempurna. Dia tercari-cari jawapan sehingga susah tidur dan alami mimpi yang pelik-pelik. Nah! Disinilah bermulanya peranan SRK sebagai Jug.

BD Lucu Dan Segak

Jug seorang doktor psikologi yang terkenal berstatus duda anak satu di Goa. Kaira mengetahui tentangnya selepas bersandar di sebalik dinding dewan seminar. Mendengar kata-kata Jug membuatkan Kaira terbuka hati untuk mendapatkan perkhidmatan Jug sebagai kaunselornya.

“Crazy is very scary word. Because here we still believe that a problem of the mind is something to be ashamed of. If you have a problem with your body, that’s normal. You can tell everyone. But if it’s a problem of the mind, then the whole family goes silent as if the mind is not even a part of the body.”

Kaira mahu Jug membantunya mendapatkan perspektif baru tentang kehidupan. Segala persoalan yang dilontar oleh Kaira dijawab dalam bentuk cerita dan soalan oleh Jug. Antara kisah menarik yang dikongsi oleh Jug ialah tentang pemanjat Gunung Everest dan teori kerusi.

Malah Kaira diminta bercakap dengan ibubapanya selama 10 minit setiap seorang di mana Kaira gagal melaksanakannya. Namun begitu, siri terapi Jug telah membuatkan Kaira mula tahu cara menyelesaikan konflik-konflik dalam hidupnya selama ini. Kaira mula berubah dan lebih tenang.

Pengajaran Dan Nasihat Yang Best

Konflik-konflik yang dilalui oleh Kaira berpunca daripada dirinya sendiri. Jika Kaira tidak mendapatkan terapi, ada kemungkinan Kaira boleh menjadi gila kerana terbelenggu dengan “rasa” yang sudah dipendam sejak kecil. Akibatnya, Kaira mungkin hidup keseorangan sehingga ke hari tua.

Selama 1 jam 30 minit, Kaira sentiasa bertemu dengan Jug sehingga timbul rasa cinta dalam diri Kaira terhadap Jug yang lebih tua daripadanya. Pasti penonton khuatir keadaan Kaira makin teruk sekiranya Jug tolak cinta Kaira sebab Jug yang selalu beri jawapan pada persoalan-persoalan Kaira.

Tidak menyentuh perihal itu, terdapat banyak dialog-dialog yang menarik antara Kaira dan Jug di dalam Dear Zindagi yang menyentuh tentang soal kehidupan. Ini membuatkan penonton rasa dekat dengan jalan cerita yang dipaparkan kerana mengaitkan dialog-dialog dengan diri sendiri.

Dialog “Any major change in your life?” yang dituturkan oleh Dr. Jug kepada Kaira pada sesi terapi pertama adalah pembuka minda penonton untuk turut berfikir apakah insiden besar yang berlaku dan mengubah perjalanan hidup ini. Selepas itu penonton akan lebih mudah mengikuti “sesi terapi” bersama Dr. Jug dan Kaira.

Para penonton didorong lebih menghargai kehidupan dengan meninggalkan “bebanan” yang dipikul selama ini. Sebab itu ada yang menyatakan menonton Dear Zindagi ini seperti menghadiri sesi terapi juga. Haha. Self-help disampaikan dalam keadaan santai dan lucu.

Ibubapa juga sesuai tonton Dear Zindagi selain orang bujang kerana penyebab utama Kaira jadi “tersangkut” dalam hidup adalah peristiwa lampau yang berlaku sewaktu dia kecil dulu di mana dia berasa dirinya jadi beban keluarga apabila ibubapa sibuk berbisnes.

Dialog-dialog yang membantu Kaira mengatasi masalah-masalahnya:

1. Konflik Kaira dengan Raghuvendra.

Dr. Jug: “Sometimes we choose a tough path just because we believe that to achieve important things we have to choose the tough option. But sometimes you need to choose the easier option because at that time that is the best option for you especially when you are not ready to face that tough path.”

2. Konflik Kaira dengan pencarian jodoh.

Dr. Jug: “How many chairs we check out before we find that one chair? If we look for so many options just to buy a chair, then shouldn’t we look at options when choosing a life partner?”

3. Konflik Kaira dengan persepsi orang.

Dr. Jug: “When you understand yourself well, then what others think of you doesn’t matter. Not at all. If you don’t take charge of your own life somebody else will.”

4. Konflik Kaira dengan memori masa kecil.

Dr. Jug: “It’s important that parents create happy memories for their children.”

5. Konflik Kaira dengan pasangan.

Dr. Jug: “If one is going to suffer, the other person should at least know. What is the point of suffering in silence?”

6. Konflik Kaira dengan kesilapan dan kesalahan.

Dr. Jug: “I believe broken things can be put back together.”

7. Konflik Kaira dengan ibubapa.

Dr. Jug: “I am not saying that you should forgive your parents or even to stop being angry you do as you wish. But I will say this try to look at them not in the exalted status of parents but just as two regular people who make mistakes, like everyone else.”

Bagi menyimpulkan kisah perjalanan Kaira ini, kata-kata Dr. Jug begitu kena sekali dengan situasi. Ia bukan ditujukan buat Kaira sahaja tetapi kepada para penonton juga agar lebih love your zindagi!

Don’t let your past blackmail your present to ruin a beautiful future.

Oh ya! Rasanya Dear Zindagi ini mahu masyarakat membuka minda bahawa jumpa ahli terapi/psikologi/kaunselor itu bukanlah bermakna seseorang itu sudah gila. Tapi ia adalah satu peluang untuk memperbaiki semula kehidupan dengan mendapatkan nasihat secara profesional. If you have an emotional problem in your life, a Brain Doctor can help you solve it.