Pemegang pasport antarabangsa dinasihati lebih peka terhadap keselamatan pasport mereka. Menurut apa yang telah diumumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, tidakan bayaran denda akan dikenakan terhadap mereka yang kehilangan pasport atas faktor kecuaian.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, perbincangan mengenai bayaran denda ini masih lagi dalam perbincangan namun secara dasarnya telah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini, mereka yang kehilangan pasport tidak dikenakan denda. Jadi, sebagai langkah menyedarkan masyarakat, tidakan denda ini dilaksanakan bertujuan supaya masyarakat di Malaysia lebih sedar dan rasa bertanggungjawab untuk memastikan pasport yang dipegang disimpan dengan selamat.

“Sebelum ini, mereka yang kehilangan pasport tidak dikenakan denda dan kita tahu nilai untuk membuat pasport itu sudah semestinya membabitkan kos, jadi kita merancang supaya denda dikenakan terhadap mereka yang menghilangkannya,” katanya dalam satu sidang media.

Pelaksanaan ini akan dilakukan selepas mendapat kelulusan kerajaan memandangkan ada beberapa perkara perlu dipinda terlebih dahulu. Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat cadangan bayaran denda bakal dikenakan kepada pemilik yang kehilangan pasport atas faktor kecuaian.

Apa pun cadangan terbaru ini anda dinasihati sentiasa menjaga cermat pasport lebih-lebih lagi ketika berada diluar negara, kerana inilah satu-satunya bukti pengenalan kepada diri anda.

BACA: Perbaharui Pasport Anda Secara ‘Online’ Mulai Hari Ini

Sumber