‘Perangkap duit’ – andai ada istilah tersebut, ini adalah perangkap duit yang sebenar.

Pada Jumaat lepas, sempena Black Friday, iaitu salah satu acara membeli belah online terbesar antarabangsa, sebuah syarikat bernama Cards Against Humanity menyambutnya dengan menggali lubang selagi ada orang yang sanggup membayar.

“Musim cuti (Thanksgiving) telah tiba, dan banyak perkara di Amerika berjalan lancar. Demi menyambut Black Friday, Cards Against Humanity akan menggali lubang gergasi di atas tanah,” kata syarikat itu.

Walaupun kedengaran seperti gila, ramai yang membayar untuk menyaksikan jengkaut berterusan menggali tanah.

Sehingga hari ini, sebanyak USD$100,00 (RM446,000) telah terkumpul, dan mujurlah, mereka yang menderma semakin berkurang.

Setiap dollar yang diterima akan menambah masa menggali selama 1.8 saat, menurut laman web Cards Against Humanity.

Sehingga saat ini, ‘agak sengsara’ melihat kerosakan yang telah mereka lakukan.

Cards Against Humanity memang terkenal di Amerika sebagai satu syarikat yang suka membuat orang berbelanja atas perkara sia-sia.

Mereka menggelar diri mereka sendiri sebagai ‘party game for horrible people’.

Pada Black Friday tahun lepas syarikat ini meminta orang ramai menderma $5 tanpa sebarang tujuan. Stunt ini berjaya mengumpul $71,145 yang kemudian diagih-agihkan sesama kakitangannya.

2 tahun lalu, syarikat ini menjual 30,000 kotak tahi lembu bernilai $180,000.

Mari kita saksikan sampai bila aktiviti menggali ini akan berjalan.