Nota Edior: Luahan dari hati ini adalah daripada Irshad Harris yang sedang travel solo di Korea Selatan. Mudah-mudahan kisah ini menjadi pengajaran buat kita di sini. Ambil yang positif saja okey, terutama pesanan beliau di akhir artikel.

masjid-di-seoul-2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salam alayk dan Salam Semesta.

Inilah jawapannya kenapa Islam masih tidak berkembang di Korea Selatan.

Aku tiba di Seoul Station tepat jam 0432. Aku bergegas ke Yongsan Station untuk letak backpack aku yang berat, memandangkan aku akan ke sini semula petang nanti. Selesai drop bag di locker, aku bergegas pula ke Itaewon Station dengan harapan dapat solat berjemaah Subuh di Masjid Itaewon.

Malangnya, keluar saja dari exit 3 Itawon Station, aku sesat entah kemana. Setengah jam juga aku mencari masjid, dalam tahap suhu -7, aku jalan seorang diri di tengah bandar Itaewon mencari Masjid Itaewon.

Jam dah menunjukkan pukul 0715. Subuh mula jam 0607. Syuru’ pula jam 0744. Sehinggalah aku bertemu dengan seorang perempuan Korea yang nampak macam bergegas untuk pergi kerja, aku tanya dia, Itaewon Mosque?

Dia reply, Islam Temple? This way and turn right. Aku Kamsamida sahaja dan senyum, nak jawab apa lagi kan. Aku senyum seorang diri sambil bermonolog,

Islam Temple? No way (sambil gelak sinis).

Alhamdulillah, tepat jam 0730 aku sampai di Masjid Itaewon. Tak tahu kenapa aku menangis macam nampak Kaabah, mungkin sebab dah terlalu letih dan sejuk beku.

Dan, di sinilah bermulanya kekecewaan aku. Aku punya semangat nak solat di Masjid Itaewon, dari Seoul Station lagi aku sudah ambil wudu’. Sejuknya hanya Allah yang tahu.

Satu demi satu anak tangga masjid aku naik, tak henti-henti ucap Alhamdulillah. Kemudian kelihatan dua orang di depan pintu masjid masjid sedang bersembang, seorang Korean, seorang lagi macam Pakistani, nampak seperti berumur juga sekitar lingkungan 40-50an, aku rasa imam dan bilal.

Aku bagi salam, mereka jawab. Tiba-tiba salah seorang dari mereka (Korean) beritahu aku, sory, we’re closing. Terkejut lah aku, tak kan aku nak solat kat luar ni, memang sejuk membeku lah jawabnya.

Aku cakap, Subuh prayer. Dia kata okay, pray only. Aku pun melangkah masuk masjid, memang kosong dan paling seronok, panas. Aku nampak ada 2 sejadah kat ruangan hadapan, mungkin mereka berdua sahaja yang solat subuh di masjid pagi ini.

Selepas selesai solat, aku buka phone dan baca quran, bermula dari surah An-Nisa’ ayat 1. Dalam pertengahan aku baca ayat 37 (agak panjang ayat ni), tiba-tiba Korean guy tadi masuk and suruh aku keluar.

Get out! Get out! We’re closing.

Aku ingat sapaan dia mula-mula sebelum aku masuk masjid tadi hanya gurauan, rupa-rupa nya memang betul suruh keluar. Aku pasrah lah, tapi aku nak habiskan dulu ayat 37 yang tergantung tadi, sayangnya, tak dapat.

Dia kunci pintu yang paling hampir dengan aku, tarik aku pergi main door dan dengan nada marah dia tempik aku, Get Out! We are closing!

Aku pandang je muka dia sambil angkat beg sandang aku dan pouchbag. Rasa nak pukul pun ada. Lebih menyedihkan, aku tak sempat pakai kasut lagi dia masih jerit get out!!

Baca: Perkongsian Itinerari Pusing Satu Korea Selatan 7 Hari Dengan Bajet RM1800

masjid-di-seoul

Gambar ni aku ambil sebelum sarung kasut

Selesai sarung kasut dalam suhu sejuk beku ini, aku meneruskan semula perjalanan ke Itaewon Station sambil mengesar air mata sendiri. Akulah insan paling kecewa hari ini.

Inilah kekecewaan aku paling besar terhadap Islam di sini. Ternyata, gelak sinis dan monolog sendiri aku dalam mengulangi ayat wanita korea tadi “Islam Temple” satu silap besar.

Hakikatnya, masjid ini hanya sekadar temple di mata rakyat Korea, dan pelancong-pelancong luar. Kebetulan semalam aku ke Haedong Yonggusa Temple, langsung tidak dihalau. Harini aku ke masjid, dihalau seperi anjing kurap pula.

Inilah jadinya bila rumah Allah dibuat seperti rumah sendiri, sedang Allah seronok menerima tetamuNya dalam rumah Allah yang bersih lagi suci untuk beribadah, kita pula manusia menghalau dan melarang orang ke masjid pada waktu-waktu tertentu.

masjid-di-seoul-3

Nasihat ini bukan sekadar untuk Masjid Itaewon, malahan mereka tidak akan faham luahan aku ini, tetapi buat masjid-masjid di tanah air kita sendiri, dan jika ada pembaca merupakan pelajar Malaysia di Korea, ubahlah persepsi mereka tentang masjid, bahawa masjid itu rumah Allah, bukan rumah mereka.

Tidak hairan rakyat Korea menggelarnya Islam Temple. Dan bagi aku, inilah antara punca Islam lambat berkembang di bumi Korea. Bukanlah niat aku untuk memburukkan Masjid ini, tetapi sebagai pengajaran juga buat seluruh masjid di Malaysia.

Akhir kalam, semoga Allah merahmati kalian, aku, rakyat Korea dan memberkati serta melimpahkan sepenuhnya rahmat buat Kota Itaewon dan warganya. In shaa Allah.

Aku merencanakan post ini sambil duduk di tepi dinding Itaewon Station, mengharapkan panas dari dalam bangunan ini, sambil melihat kesibukan rakyat korea bergegas untuk kerja.

Inilah dunia yang sementara, dan di sanalah akhirat yang kekal selamanya.

Suatu hasrat yang tak dapat,
adalah nikmat yang paling padat.

Irshad Harris,
Itaewon, Seoul
8/1/16

Baca lagi: 9 Masalah Sering Dihadapi Rakyat Malaysia Sewaktu Travel Ke Pulau Jeju, Korea Selatan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram