Sedar tidak sedar, permainan yang sangat epik suatu ketika dahulu kini sudah melangkah 2 dekad sejak mula dilancarkan. Paling diingati, adalah cara bertempur dimana memerlukan dua Digivice didekatkan sebelum perlawanan berlangsung. Masihkah anda menyimpan barang ‘antik’ ini?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mendapatkan semula Digivice sudah tentunya agak sukar ketika ini lebih-lebih lagi edisi yang ‘rare‘. Tidak dilupakan juga harganya yang semakin meninggi berikutan yang bilangan unit yang semakin kekurangan.

Berita baik buat para peminat Digimon! Memandangkan Digivice kini sudah berusia hampir 2 dekad, Syarikat Bandai bakal mengeluarkan kembali model ini dengan pemilihan 2 warna klasik iaitu kelabu dan coklat. 90’s kid mesti suka.

Lebih menarik, model ini bakal bakal disertakan fungsi tambahan iaitu single-player arena mode dimana pengguna dapat bertempur secara solo bersama monsters yang lain. Cool!

Setakat ini, kami belum mendapat perkhabaran berita mengenai penjualan Digivice ini di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengguna boleh melakukan pra-tempahan di laman Bandai Japan dengan harga 3,780 Yen (~RM145.73). Digivice yang ditempah bakal mula dihantar bermula bulan Jun ini.

Kemungkinan disebabkan permintaan yang tinggi, Pihak Bandai memerlukan sedikit masa untuk disiapkan sebelum dihantar kepada pengguna. Untuk peminat Digimon, ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan. Sememangnya berbaloi dengan harganya.

Sumber