Di bawah ini adalah feri pembawa pelancong yang amat besar. Apakah yang membolehkan feri sebesar ini boleh mengharungi lautan yang luas? Sudah tentu enjinnya. Jika enjin tidak berfungsi, tentulah feri yang besar dan canggih ini akan hanyut dibawa ombak.

Para penumpang juga perlu makan dan hiburan. Kebiasaannya feri sebegini mempunyai kemudahan berjamu yang besar, memerlukan pekerja yang ramai dan mesti diuruskan dengan efektif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Siapa pula orang yang paling penting di dalam pengendalian feri seperti ini? Tentulah kapten atau nakhodanya. Tugas ini amat mustahak kerana beliau bertanggungjawab mempastikan penumpang dan barangan yang berada di dalam pelayaran sentiasa selamat dan feri sampai ke destinasinya di dalam masa yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, kapten tidak berada di ruang enjin, tempat yang terpenting yang kita bincangkan di atas. Beliau juga tidak berada di dapur atau ruang makan.

Tempat kapten adalah di anjungan yang dilengkapi dengan peralatan untuk mengemudi kapal serta mempunyai kemudahan komunikasi dan maklumat penting seperti cuaca dan kedalaman laut. Dari sini, kapten dapat melihat jauh ke hadapan tanpa halangan.

Namun tidak salah bagi kapten untuk turun ke gelangang dan mendapatkan maklumat terus dari bilik enjin, dapur atau restoran. Tapi, itu bukan tempat yang beliau harus menghabiskan masanya.

Prinsip yang sama juga digunapakai di dalam pengendalian perniagaan.

boat

Usahawan yang bertanggungjawab untuk mengendali dan memajukan perniagaan tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu aspek saja. Walaupun usahawan tersebut mahir di dalam pembuatan dan pengeluaran, aspek pemasaran dan pengurusan insan juga perlu perhatian.

Perlu dicari pengurus bagi setiap aspek penting dan usahawan bertanggungjawab menyelia dan memimpin mereka serta mempastikan semuanya menuju ke arah yang sama.

Oleh itu, apabila perniagaan mula membesar, jadilah seperti kapten atau nakhoda kapal. Usahawan perlu memimpin pasukannya untuk terus ke depan dan sentiasa mempastikan segenap aspek penting perniagaan sentiasa berjalan seperti yang dirancang.

Konsep ini diistilahkan sebagai “working ON the business”. Ia berlawanan dengan “working IN the business”.

Seorang usahawan yang terbawa-bawa untuk berkerja DI DALAM perniagaan akan sentisa berada di ruang enjin atau tempat lain dan tidak berada di anjungan, disiplin yang diamalkan oleh usahawan yang berkerja KE ATAS (atau membina) perniagaannya.

Cuba tanya diri anda, kaedah mana yang anda sedang amalkan sekarang?