Al fatihah buat arwah pesakit saya. Pesakit diphteria kedua saya yang meninggal dunia. Hampir dua tahun lalu, kami gagal menyelamatkan seorang bayi kerana saluran pernafasan tersumbat akibat diphteria. Tapi tak mengapa, arwah mengajar banyak benda.

1. Ya, saya dapat tunjukkan kepada doktor junior saya bahawa ini adalah diphteria. Satu penyakit yang sudah jarang berlaku di seluruh dunia. Ramai di antara mereka tidak kenal penyakit ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya tidak bangga, bahkan saya berharap mereka tidak pernah berjumpa penyakit ini. Dan ia juga membuat saya kembali teringat akan memori hitam di saat saya kehilangan seorang pesakit akibat diphteria.

Mati di hadapan saya, dan saya mengambil masa yang agak lama menyalahkan diri sendiri atas kematian itu.

2. Saya dapat tunjukkan kepada masyarakat, terutama golongan anti vaksin bahawa saya tidak pernah berbohong kepada anda tentang pengalaman saya bertemu penyakit berjangkit di Sabah. juga saya abadikan dalam buku saya ‪#‎Mortuari‬ terbitan ‪#‎Dubook‬ Press di bawah nukilan bertajuk Jarum Yahudi.

3. Pada tahun 1921, terdapat 206,000 kes diphteria di Amerika Syarikat yang membawa kepada 15, 520 kematian. Di England dan Wales pada tahun 1930, ia adalah penyebab ketiga kematian kanak-kanak di sana.

4. Berikutan siri vaksinasi diphteria bermula pada tahun 1920-an, kes diphteria mula menurun. Antara 2004-2008, tiada kes diphteria direkodkan di Amerika Syarikat.

5. Pada tahun 2007, 4190 kes diphteria direkodkan di seluruh dunia.

6. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kes diphteria mula dikesan di Malaysia selari dengan peningkatan kempen anti vaksinasi oleh sekumpulan bijak pandai yang berilmukan Professor Google dan Perubatan Alternatif.

7. Dan selagi golongan yang mementingkan diri ini tidak dihapuskan, akan muncul lebih banyak lagi penyakit berjangkit yang akan menghantui kita. Bukti sudah ada di depan mata kita.

8. Pertussis, Measles, Diphteria sudah mula menjadi biasa di negara kita kini. Tidak lama lagi; polio, smallpox, e bola, akan datang menyapa kita. Bersediakah anda?

9. Alfatihah buat pesakitku, semoga engkau damai di sana. Semoga pemergianmu membawa kesedaran pada masyarakat tentang kepentingan vaksinasi

Artikel susulan ada di sini di bawah tajuk Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Antivaksinasi Yang Mendabik Dada Anak Sihat Tanpa Immunisasi