Anda seorang pekerja yang rajin, kuat berusaha, dan sudah mempunyai 5 tahun pengalaman industri. Malangnya anda tidak dapat terus maju kerana tidak mempunyai paper qualification dalam bidang berkaitan.

Kecewa?

Sebenarnya, terdapat sebuah program yang dinamakan sebagai ‘Recognition of Prior Experience’ (RPE) Diploma sudah menjadi tunggak penilaian yang dijalankan di bawah sistem pendidikan dan latihan vokasional sejak akhir 1980-an​.

Ianya mula diperkenalkan di United Kingdom oleh Susan Simosko , seorang konsultant kelayakan vokasional dan juga seorang penulis buku yang bertajuk, “Get Qualifications for What You Know and Can Do: A Personal Guide to Accreditation of Prior Learning (APL).”

Lagi sebuah buku penulisan Susan Simosko.
Lagi sebuah buku penulisan Susan Simosko.

RPE Diploma ini sudah dilaksanakan di negara-negara maju seperti di UK, Australia, New Zealand, Perancis dan Kanada dengan panggilan yang berbeza seperti ‘Akreditasi Pembelajaran Terdahulu’, ‘Pengkreditan Kompetensi Semasa’, ‘Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Terdahulu’, ‘Pengesahan Pengalaman Terdahulu’ dan ‘Penilaian dan Pengiktiran Pembelajaran Sebelum’.

Di Malaysia, RPE Diploma ini telah diperkenalkan pada 2 Julai 2009 oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) untuk mengiktiraf kemahiran dan kompetensi para pekerja berdasarkan tahap yang ditentukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)​ 4.

Memandangkan ianya menggunakan teknik penilaian yang berbeza, maka ianya tidak diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program RPE diploma ini ditawarkan oleh Asia e University​ dan London Examinations Board​.

Ianya sesuai untuk mereka yang bekerja di sektor swasta dan manfaat-manfaat utama untuk mereka yang layak dan berminat adalah seperti berikut:

● Pengalaman, kemahiran dan kepakaran industri diiktiraf oleh penilai akademik yang profesional, berkaliber dan bertauliah
● Tidak perlu mengulangi subjek yang telah dipelajari dan kemahiran yang sudah dimiliki
● Tidak perlu menghadiri kelas dan menduduki peperiksaan (sekiranya berkelayakan)
● Membuka peluang untuk kenaikan pangkat dan gaji

Calon yang layak juga boleh menggunakan diploma ini sebagai prasyarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Executive MBA. Rujuk maklumat lanjut di laman web AEU.

Syarat-syarat kemasukan yang minima ke program Diploma RPE adalah SPM ataupun yang setaraf dengannya dan mempunyai 5 tahun pengalaman industri.

Di antara langkah penilaian adalah, calon akan dipanggil untuk ditemuduga oleh penilai akademik yang bertauliah dan profesional.

Sekiranya penilai mengakui pengalaman industri calon mencukupi dan lulus temuduga, calon layak untuk menerima Diploma RPE.

Sekiranya pihak penilai mendapati bahawa terdapat ‘skill gap’ yang perlu dipenuhi terlebih dahulu, pihak penilai akan mencadangkan kursus latihan yang bersesuaian untuk memenuhi tahap kelayakan kelulusan Diploma RPE daripada pihak Asia e University.

Kesemua langkah ini mengambil masa sehingga 90 hari.

​Untuk maklumat lanjut hubungi Ackiel Mohamed di talian 013-2692378.​