Filem spinoff terbaru untuk franchise Star Wars, Han Solo kini sudah pun memulakan pengambaran 2 hari lepas. Dan Disney mengeluarkan gambar setiap aktor yang akan terlibat dalam filem Han Solo ini.

Alden Ehrenreich yang bakal memegang watak Han Solo mungkin kurang dikenali di persada Hollywood tetapi aktor berusia 27 tahun ini dilihat sebagai aktor yang tepat untuk melakonkan watak Han Solo. Emilia Clarke (Games Of Thrones), Woody Harrelson (The Hunger Games) dan Donald Glover adalah antara aktor ternama yang bakal mewarnai filem Han Solo ini.

Emilia Clarke sangat menyerlah dalam siri GOT dan Harrelson pula memang terkenal dengan kelucuan dan gaya bersahaja beliau dalam setiap filem. Donald Glover yang hebat menerusi siri ‘Atlanta’ memang individu yang paling sesuai untuk watak Lando Calrissian. Dari barisan pelakon, saya boleh buat ramalan yang filem ini nanti mesti akan dipenuhi dengan gelak tawa dan jalan cerita yang awesome.

Filem ini masih tidak mempunyai nama official lagi dan dikhabarkan akan ditayangkan 25 Mei tahun hadapan. Untuk tahun ini, kena layan dahulu Star Wars Episode 8 di mana Rey akan kembali ke pawagam untuk memartabatkan kembali Jedi. May the force be with you.