Pada tahun 2008 aku disahkan mengidap kanser.

Sewaktu itu asyik salahkan semua orang. Tak bersyukur. Tak faham apa itu ujian. Semua salah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Doktor salah. Tak simpan ‘telur’ aku dalam bank. Nanti aku tak dapat anak, doktor yang salah!

Suami salah. Dah tahu aku sakit! Sibuk nak kahwin juga dengan aku.

Ibu abah salah! Tak datang KL jaga aku sakit.

MPAJ salah! Tak jaga kebersihan kawan tempat tinggal aku.

Housemate salah! Aku tak boleh tidur malam, korang bukan main syok tidur.

Tuhan salah! Dia bagi ujian ini untuk aku!

11745338_914575341917023_4689365316787645544_n

Selepas 5 tahun baru aku tahu hikmah ujian tuhan.

Kalau Dia tak uji aku dulu.. aku pun tak tahu hikmah jadi manusia yang diutuskan Allah ke dunia ini.

Bukan suka suka Allah pilih kita untuk lahir ke dunia. Bukan suka suka Allah nak uji kita.

Kalau korang tak faham kenapa Allah uji macam macam aku faham… 5 tahun kot aku ambil masa nak faham atas semua yang berlaku.

Tukar persekitaran. Tukar kawan. Tukar cara kita berfikir. Tukar apa yang kita baca. Akan tahulah kenapa semua itu berlaku.

Nantikan penjelasan lanjut dari Puan Rafiza Idayu mengenai apa yang berlaku sepanjang 5 tahun tersebut dan apakah yang membuatkan Puan Rafiza sedar dengan hikmah yang berlaku atas ujian dari tuhan di The Vocket.