Tujuan saya menulis di The Vocket sebab saya nak kongsi cerita saya dan suami buat sendiri perabot dan hiasan rumah guna barang-barang terpakai.

Tahun 2013, rumah yang suami beli untuk duduk bersama selepas kahwin ditenggelami air banjir besar, rumah kami di Kemaman, Terengganu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadinya rumah kami terbengkalai macam tu sahaja, kesan lumpur pada dinding rumah, perabot sedia ada yang dah hancur (suami beli rumah sub-sale).

Bayangkan dari 2013 sampai hujung tahun 2015,rumah memang tak boleh nak buat apa-apa sebab takut banjir besar datang lagi.

Sehinggalah awal tahun 2016 kami pindah masuk rumah tersebut. Masa awal-awal masuk memang stress tengok keadaan rumah, dinding dan lantai memang kotor dengan kesan lumpur.

Nak cat rumah bukan pilihan utama sebab melibatkan kos tinggi sebab kena cat satu rumah, jadi saya terfikir untuk tampal frame gambar banyak-banyak dan gantung box crate pada dinding.

Saya memang suka beli benda-benda comel sejak dari zaman bujang. Bayangkan saya dah simpan barang-barang tu semua selama 2 tahun, barang-barang hiasan masa kahwin pun saya guna pakai untuk hiasan rumah.

Kerusi rumah dan katil suami buat pakai kayu pallet terbuang, tangga hiasan pun buat sendiri.

Almari baju kami dan almari baju anak kami gunapakai balik almari lama. Tanggalkan pintu dan cat balik almari tersebut, almari anak pula tampal dengan wallpaper nak tutup kecacatan yang ada pada almari tersebut.

Kos perabot keseluruhan rumah rasanya tak sampai RM500.

Kami memang guna balik almari lama tinggalan tuan rumah dan guna sebagai perabot dan hiasan rumah.

Bayangkan pintu kabinet almari dapur kami leraikan dan jadikan frame gambar

Di sini saya nak cakap yang ada banyak cara untuk cantikkan rumah. Jangan fikir nak cantik je kena kos tinggi,ada banyak sumber kita boleh guna pakai balik.

Kalau tak boleh bertukang sekaligus, bertukang sikit-sikit, macam kami sendiri pun berbulan-bulan nak hasilkan perabot macam ni, dan sampai sekarang pun masih lagi upgrade bahagian dapur, bilik kerja dan balkoni rumah.

Di bawah adalah gambar-gambar keadaan rumah kami.

Keadaan rumah sebelum (selepas banjir besar 2013)

Keadaan rumah sekarang

Rak mainan dan buku ni suami leraikan laci lama.
Rak mainan dan buku ni suami leraikan laci lama.
Bilik anak perempuan.
Bilik anak perempuan.

Di bawah gambar-gambar almari bilik saya dan anak saya, serta gambar bilik.

Kepala katil tu suami saya leraikan pintu almari lama dan cat putih.

Rod baju gantung.

Almari anak pula cabut pintu almari dan tampal wallpaper. Almari anak asalnya dari almari lama suami masa zaman sekolah.