Ketika mula-mula membuka firma guaman sendiri pada bulan 5 tahun 2014, adik sayalah orang yang paling banyak menolong saya. Daripada sekecil-kecil benda sampailah ke sebesar-besar perkara dialah orang tempat saya rujuk mintak pendapat.

Saya masih ingat lagi, semasa saya memberitahu adik dan kakak saya tentang rancangan saya nak bukak firma guaman soalan pertama yang adik saya tanya — “Awak dah ada clients ke Kak Cik?”

Saya jungkit bahu.

“Sekarang ni memanglah tak ada tapi nanti orang pelan-pelan carilah.”

“Bisnes ni Kak Cik, it’s all about finding the right clients to sustain your business,“ begitu pandangan professor tahap ‘Einstein’ diberikan oleh adik saya.

Masa tu saya buat tak endah pun dengan pandangan adik saya tu.

Syok buka firma sendiri

Dalam kepala dah mula rasa syok sendiri excited nak bukak firma sebab berbeza dengan membuka sebarang perniagaan yang didaftarkan di bawah SSM, membuka firma guaman tidak memerlukan sebarang bayaran pendaftaran.

Asalkan sahaja lesen amalan guaman atau practicing certificate dan professional indemnity insurance masih sah, maka apa yang perlu saya lakukan hanyalah menghantar sekeping surat kepada BAR Council memaklumkan cadangan untuk membuka firma guaman sendiri dengan memberikan nama firma, alamat pejabat, nombor telefon, faks, dan e-mail rasmi firma guaman.

Seminggu selepas saya menghantar surat tersebut, saya terima Letter of No Objection daripada BAR Council yang memaklumkan permohonan saya untuk membuka firma guaman telah pun diluluskan! Masa tu gembira tak terkata.. rasa seronok dan best sangat macam esok nak sambut hari raya!

Now I have my very own legal firm using my own name! Hik..hik..hik..hik!

Selesai dengan proses permohonan untuk membuka firma guaman sendiri, saya meminta adik saya untuk reka logo, letter head, name card dengan buat rubber stamp firma saya. Bila dah siap semuanya, saya print out letter head dengan logo firma atas kertas.

doraemon-04

Sepanjang hari saya sengih sorang-sorang tiap kali tengok logo dengan letterhead yang terpampang nama sendiri. Masa tu rasa macam saya dah berjaya sangat dah nih. Muda-muda dah ada firma guaman sendiri.

Baru sedar realiti

Seminggu selepas berada di awan-awangan tak jejak tanah syok sendiri sebab rasa dah berjaya tahap super saiya dengan ada firma sendiri, barulah saya mula sedar akan realiti sebenar membuka firma guaman.

Firma guaman adalah satu perniagaan. Firma guaman adalah satu bisnes. Dan saya memang zero experience buat apa-apa bisnes dan mula rasa sakitnya.

Bukan senang sebenarnya nak urus bisnes sendiri. Dan yang terpaling payah ialah untuk mencari klien baru. Ketika saya membuka firma sendiri kenalan saya masih tak banyak. Saya tak ada klien sedia ada. Tambah memburukkan keadaan sebab saya sendiri tak tahu di mana nak mula untuk buat pemasaran bagi mendapatkan klien.

Masuk bulan kedua saya semakin buntu. Saya tak punya sebarang pendapatan langsung! Saya terpaksa menggunakan simpanan yang ada untuk membayar ansuran kereta dan ASB. Mujurlah komitmen saya tak banyak. Tinggal dengan keluarga, jadi saya tak perlu bayar sewa rumah. Makan pun dah boleh jimat.

Masa tu saya dah mula rasa keputusan saya untuk membuka firma sendiri adalah keputusan bodoh yang terlalu tergesa-gesa dan tidak punya perancangan.

Saya dah mula rasa ‘down’. Terperap dalam bilik fikir macam-macam. Makan entah ke mana. Tak bercakap dengan orang.

Masa tu adik saya approached saya tanya apa rancangan saya? Apa projection firma saya? Apa strategi pemasaran saya?

Arghhhh.. saya tambah sakit hati dengan pertanyaan-pertanyaan lagak Professor Einstein dia tu. Walau sebenarnya soalan-soalan itu adalah realiti yang perlu saya kaji dan susun pada awal dulu lagi masa saya mula-mula ambil keputusan nak buka firma.

Nasihat adik

Bila dah tengok saya yang semakin hari semakin down and demotivated, adik saya suruh saya masuk bekerja makan gaji balik. Dia suruh saya kerja dengan mana-mana firma guaman lain untuk kumpul pengalaman. Dan buat come back dengan firma sendiri bila sudah ramai contact. Lagi saya rasa tercabar dengan kata-kata dia. Rasa macam saya ni loser sangat!

Masuk bulan keempat hidup tanpa gaji tetap kewangan saya tambah meruncing. Simpanan dah makin berkurang. Sebab kesian tengok saya yang dah makin tak terurus, kakak dan adik saya tolong bayarkan ansuran kereta dan ASB. Kakak saya siap hulur duit poket untuk saya belanja. Saya yang “ego Cik Gayah” setinggi KLCC rasa terhina sangat. Malu nak ambil duit dari adik yang lebih muda dari saya. Sebab “ego Cik Gayah” saya yang tak nak ambik duit, adik saya bagi duit tu pada Umie. Dia pesan pada Umie suruh bagi duit tu dekat saya untuk bayar kereta.

Bulan kelima, adik saya cuba slow talk dengan saya. Dia pujuk saya untuk bekerja dengan syarikat iKahwin dia.

“Tak apalah Kak Cik, firma tu awak teruskan je. Sementara nak tunggu awak dapat klien baru awak kerjalah dengan orang. Orang bayar gaji awak per day. Sekurang-kurangnya awak adalah income masuk. Tapi kerja dengan orang ni kerja buruhlah. Bukan kerja macam awak jadi lawyer dulu. Awak tolong layan klien yang pesanan rubber stamp dekat Whatsapp dan FB. Nanti orang ajar awak macam mana nak buat rubber stamp. Lepas tu belah petang awak tolong post-kan rubber stamp okayy?”

Sedikit sebanyak saya termakan jugak degan pujukan adik saya. There’s no harm in trying. Lagipun, sekurang-kurangnya dapatlah juga saya gaji untuk tampung bayar kereta dan pinjaman ASB saya nanti. Tak adalah malu sangat asyik ambil duit adik dengan kakak.

doraemon-02

Mula bekerja dengan adik

Bermulalah saya bekerja dengan adik saya sebagai staf sokongan tolong jawab pertanyaan klien dia yang nak beli rubber stamp melalui Whatsapp dan FB.

Mula-mula ok lagi bila masuk hari kedua dan ketiga saya mula tertekan dengan perangai klien yang meroyan macam-macam.

Sebab tengok saya yang tak boleh nak cope dengan kerenah klien yang meroyan adik saya pindahkan saya jadi pembantu belakang tabir pulak.

Dia ajar saya buat rubber stamp. Saya tengok adik saya buat macam senang like piece of cake je. Picit gel getah sikit, ratakan, pastikan takda gelembung udara, masukkan dalam mesin, kemudian dalam masa 2 minit rubber stamp siap!

Tapi bila saya buat, habis bersepah semua gel getah yang nak buat rubber stamp tu. Bila masuk dalam mesin, habis jahanam rubber stamp sebab ada banyak gelembung udara. Tangan saya habis melekit-lekit kena gel getah.

Arghhhhhh.. saya rasa macam nak hempuk kepala sendiri kat mesin rubber stamp adik!

Sebab tengok saya tak boleh cope dengan kerja-kerja buruh macam tu, adik saya pindahkan saya jadi posmen pula. Kali ini saya kena jaga pesanan masuk klien. Tulis alamat klien pada borang PosLaju, bungkuskan rubber stamp yang ditempah dan hantar semua rubber stamp tu ke pejabat pos.

Jadi posto

Hari pertama saya ok lagi. Sebab adik saya dah tolong saya bungkuskan separuh daripada rubber stamp tu. Hari kedua adik saya tinggalkan saya seorang-seorang uruskan packaging dan pos semua rubber stamp ke pejabat pos.

Lepas hantar rubber stamp ke pejabat pos, saya balik ke pejabat adik saya dengan senang hati sebab rasa saya dah menjalankan tugas saya sebagai posmen dengan jayanya kali ini. Sampai di pejabat bila adik saya tanya mana resit-resit pengeposan saya tercengang-cengang sendiri.

“Eh? Nak kena minta resit pengeposan tu balik ke dari kerani pejabat pos tu?” saya tanya adik saya balik.

Adik saya menepuk dahinya —

“Allah! Kak Cik!!! Kalau awak tak minta balik resit pengeposan tu macam mana kita nak trace balik rubber stamp kita tu dah sampai pada customer ke tak? Nanti kalau klien tanya macam mana kita nak bagi tracking code untuk diaorang check dengan PosLaju?”

And true enough, keesokan harinya customer mula bertanyakan tracking code. Dan tambah lebih teruk bila hari yang berikutnya bila rubber stamp customer sampai, ramai yang merungut dapat rubber stamp yang salah.

Pesan lain, dapat rubber stamp lain. Dan semua itu… salah saya! Saya yang salah bungkuskan rubber stamp klien. Dengan resit pengeposan yang saya tak minta balik dari kerani pejabat pos menyebabkan sistem bisnes adik saya jadi tunggang langgang!

I really need to get things right!

Setelah kegagalan saya untuk menjadi posto yang baik, adik saya pindahkan saya ke bahagian terima pesanan plak. Kali ini saya dah nekad dalam hati that I really need to get things right! Saya kena buktikan pada adik saya yang saya sebenarnya boleh buat kerja-kerja ni.

Adik saya ajar macam mana dia proses pesanan-pesanan yang masuk daripada klien. Adik saya dah buat satu sistem yang akan trace dan kumpulkan semua pesanan masuk dalam satu jadual pembayaran yang lengkap dengan alamat, code rubber stamp, design dan ayat yang nak ditulis atas rubber stamp tu dan bayaran yang dibuat. Masa mula-mula adik saya tunjukkan sistem dia tu, saya tersangatlah kagum!

Saya memang bukan jenis IT-savvy punya orang. Dari zaman belajar di UIA sampailah dah kerja saya memang sangat tak cekap pakai komputer. Yang saya tahu cuma pakai Microsoft Words dengan Powerpoint kalau masa nak buat presentation. Dapat buat slides show yang ayat dan gambar dia boleh gerak-gerak tu saya rasa dah “Bill Gates habis la”. Bangga 7 keturunan sebab saya berjaya buat slides show yang ada gambar dengan ayat yang boleh gerak-gerak.

Jadi bila adik saya tunjukkan sistem pesanan dia tu dalam hati saya —

“Fuyooooooo!!!! Canggih giler dowh perisian awak nih!! Apa ke namanya perisian awak nih?? Ada jual kat Low Yat tak??”

Tapi sbb “ego Cik Gayah” saya yang setinggi KLCC, saya tak tunjuklah pada adik saya keterujaan melampau saya tuh.

Saya buat-buat muka bekeng dan serius konon macam, “Eleh.. aku tau pakai benda alah nih. Aku dah biasa dulu pakai benda macam ni masa belajar di UIA dulu.”

Masa adik saya terangkan kat saya macam mana nak pindahkan daripada pesanan yang ada dalam sistem tu masuk ke dalam Excel, saya perhatikan betul-betul jari-jari panjang dia tekan keyboard komputer.

Ok.. jari hantu kiri tekan button CTRL, jari telunjuk kiri tekan button A- ok then jari telunjuk kanan tekan button CTRL, jari hantu tekan button C plak. Ok dah copy semua maklumat klien yang dah buat bayaran gerakan cursor click di Excel tadi. Jari hantu kanan tekan button CTRL jari telunjuk kiri tekan enter dan tadaaaaaaaa…. semua maklumat yang ada dalam sistem tadi dah transfer masuk Excel. Jadi sekarang designer adik saya dah boleh proses pesanan klien.

“Awak boleh buat tak ni Kak Cik? Ke nak orang terang sekali lagi?”

“Boleh.. tak payah terang lagi sekali. Orang dah tau nak buat macam mana,” jawab saya dengan penuh keyakinan.

Eleh.. benda senang je ni! Tutup sebelah mata pun boleh buat!

Jadi saya pun gerakkan lah jari jemari saya tekan butang keyboard komputer macam mana yang adik saya ajar tadi —

Ok.. jari hantu kiri tekan button CTRL, jari telunjuk kiri tekan button A- ok kemudian jari telunjuk kanan tekan button CTRL jari hantu tekan button C plak. Ok dah copy semua maklumat klien yang dah buat bayaran gerakkan cursor klik pada Excel tadi. Jari hantu kanan tekan button CTRL jari telunjuk kiri tekan enter dan tadaaaaaaaaaaaaa…. habis HILANG SEMUA maklumat klien adik saya yang ada dalam pesanan sistem tu tadi!

Allahurobbi!! Apa benda aku dah buat nih?????

Saya dah menggelabah puyuh sendiri. Eh, mana hilang semua maklumat klien tadi? Eh benda ni takkan tak ada auto-save? Kan masa aku buat kerja-kerja pakai Microsoft Words di UIA dulu kan ada auto-save kalau tiba-tiba laptop ter-off sendiri sebab habis bateri.

Peluh jantan, peluh betina, peluh pondan dah mula mengalir di dahi. Hati saya dah mula berdebar-debar. Nak tanya adik saya takut dia marah pula.

“Awak ok Kak Cik?” adik saya bertanya dari meja tempat dia buat kerja sambil mencuri pandang ke arah saya.

“Okkkkkk..,” jawab saya pendek dan berat. Matilah aku kali ni! Habis mana aku nak cari maklumat klien yang beratus tadi?

Saya cuba buat-buat pandai menggodek komputer adik saya. Tekan sana, tekan sini nak cari maklumat klien yang dah hilang tu. Sumpah! Memang tak jumpa! Ghaib macam makhluk halus!

Oleh sebab dah cuak sangat, saya terus shut down komputer.

“Orang nak balik,” pendek saya memberitahu adik saya lalu bangun menuju ke pintu keluar pejabat dia.

Eh, kerja awak dah siap ke?”

“Orang siapkan kat rumah laa nanti,” saya terus keluar meninggalkan adik saya yang terpinga-pinga sendiri.

Dalam hati saya menyumpah seranah sendiri. Memang tobat , saya tak nak dah kerja dengan adik saya lagi. Semua kerja dia saya tak boleh nak cope.

Bernilainya harga RM60

Masa tu rasa bertambah-tambah loser . Kerja semudah budak darjah satu pun saya tak boleh buat.

Esoknya bila adik saya ajak pergi pejabat dia lagi buat kerja saya dah tak nak. Saya melepek kat rumah macam orang mati laki.

Saya rasa hidup dah tak ada masa depan lagi. Buka firma syok sendiri tapi tak ada clients.

Nak masuk kerja makan gaji balik tapi malu sebab “ego Cik Gayah” yang tinggi macam KLCC.

Nak kerja dengan adik saya pun dah habis huru hara sistem kat office dia saya jahanamkan.

I was completely devastated with myself at that point.

Hujung bulan tu adik saya bagi saya RM60 sebagai upah bekerja. Tapi saya jual mahal tak nak ambil duit yang dia bagi. Adik saya tinggalkan duit tu atas meja luar sebelum dia pergi kerja.

Bila adik saya keluar pergi kerja, saya keluar bilik dan ambil duit yang tinggal atas meja tu ( gila ngko , tak nak duit?).

Tapi masa tu saya mula sedar betapa bernilainya duit RM60 tu. Saya teringat balik segala susah payah saya masa kerja dengan adik saya dulu. Walaupun saya kerja tak sampai seminggu pun ditambah lagi dengan segala huru hara yang dah saya lakukan di pejabat dia, tapi saya mula sedar yang bukan senang nak cari duit sendiri.

Dulu masa kerja makan gaji saya tak hargai duit gaji yang saya terima tu. Kerja saya bukan kerja yang pakai kederat. Jadi saya tak rasa sangat susahnya nak buat kerja.

Cukup bulan dapat gaji terus masuk dalam akaun bank. Itu pun saya masih tak puas hati juga. Complaint itu ini lagi.

Sekarang bila dah rasa kerja jadi buruh yang tak pakai degree , kerja guna kederat , barulah saya tahu nilai duit tu.

Apa saya belajar dari adik

Dari adik saya yang umurnya lebih muda dari saya itu sebenarnya banyak benda yang saya belajar. Adik saya ajar saya konsep tawakal dalam hidup. Adik saya ajar saya untuk jadi lebih tabah dan cekal dalam bekerja.

Dari dia saya mula belajar untuk tidak tinggalkan solat Dhuha setiap pagi.

Dan dari dia juga saya belajar yang konsep solat Dhuha tu bukannya nak mintak pada Allah suruh jadikan kita kaya tapi itulah simbolik kebergantungan kita pada Allah Azzawajalla.

Dalam solat Dhuha itu kita minta dari Allah untuk diberikan keberkatan rezeki dan kelancaran dalam segala pekerjaan yang akan kita lakukan pada hari itu.

Saya kagum dan respect dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh adik saya.

Adik saya sebenarnya ada Diploma in Aviation. Kerja yang selayaknya dengan kelulusan yang dia ada adalah untuk menjadi seorang Pilot. Tapi disebabkan susah nak dapat peluang pekerjaan sebagai seorang Pilot pada ketika itu, adik saya pernah bekerja menjadi personal driver.

doraemon-03

Kemudian dia nekad untuk buat bisnes sendiri. Dari ideanya juga lahirlah iKahwin seperti mana yang ada pada ketika ini.

Saya kagum dengan segala usaha yang tak pernah kenal erti putus asa adik saya dalam mengusahakan iKahwin, syarikat miliknya yang bermula dari kosong sehinggalah berjaya seperti sekarang.

Adik saya cukup terbuka untuk belajar dan explore benda baru. Kalau nak dibandingkan dengan saya, dia jauh lebih positif dan bersemangat.

Kalau saya berada di tempatnya, dengan “ego Cik Gayah” saya yang setinggi KLCC, memang sumpah saya takkan buat kerja-kerja buruh macam yang pernah dia buat dulu. Bersusah payah belajar macam mana nak buat rubber stamp.

Buat research dan beli bahan dari pembekal sendiri untuk dapatkan harga yang paling murah.

Masa mula-mula dia beli mesin nak buat rubber stamp yang besar gedabak macam saiz oven nak bakar roti tu dulu bawa balik rumah, dalam hati saya rasa ragu-ragu dengan idea dia untuk jual rubber stamp yang fancy-fancy untuk orang kahwin.

Saya asyik tertanya-tanya —

“Dah kejadahnya la orang nak beli rubber stamp buat majlis kahwin? Orang nak kahwin banyak benda lain lagi penting nak sedikan. Tak ada masa nak tempah rubber stamp chop sana sini bagai nih.

And today he proved me wrong.

Betapa dari idea menjual rubber stamp yang saya rasa “eh tapenah dibuat dek orang la” jual rubber stamp untuk orang kahwin ni dulu mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda sehingga adik saya mampu untuk membayar gaji pekerja, membayar sewa pejabat dan membeli mesin-mesin tambahan yang baru untuk kegunaan syarikatnya.

Terima kasih adik

To my lovely adik gemok doraemon —

Thanks for every little thing that you’ve done for me.

From you, I’ve learned that everyone must come to a point of testing —

A time that can make a person either bitter or better.

When I’ve reached this point, I’ve simply accept defeat and give up;

But you are the one who refuse to allow tough times to defeat you and persevere to overcome your difficulties.

How can u get up when u’ve been knocked down?

What can u do when all hope seems lost?

Why do u still manage to turn your problems into possibilities?

Why do u seem to grow through the tough times, learn from them, and overcome overwhelming odds to step back on path of success, happiness and hope?

I believe the answers to these questions lie in one simple, yet basic truth that u always hold it tight to ur chest:

“It’s always too soon to quit!”

If I could pick the best brother, I would pick you —

My lovely dearly loveable ADIK GEMOK DORAEMON!