Dia adalah sahabat aku sejak dibangku sekolah. Kami berpisah bila dia memasuki Maktab Tentera Diraja (RMC) sebelum berlepas ke Australia untuk mendapatkan Bachelor, Master dan seterusnya PhD.

Ketika usianya baru 33 tahun, Muiz Murad telah pun memiliki PhD dalam Mechanical Engineering (pengkhususan dalam fluid dynamics dan aero acoustics) dari University of Swinburne, Melbourne.

Beliau kemudian menetap di negara kanggaroo itu kerana terpilih untuk bekerja di sana kerana tetapi jauh di lubuk hatinya, beliau ingin kembali untuk menabur bakti pada Malaysia, tanah tumpah darahnya.

Disebabkan berpegang teguh kepada cita-citanya itu, Muiz telah melepaskan jawatan dan gaji yang cukup tinggi di sana untuk kembali ke tanah air.

dr-muiz-6

dr-muiz-8

Namun selepas 7 tahun kembali ke tanah air, beliau terpaksa berhadapan dengan 1,001 kerenah yang tak pernah beliau sangka sewaktu mengambil keputusan untuk meninggalkan Australia dulu.

Kini, di tanah air sendiri, dia telah ditipu, dinafikan kemahiran dan kebolehannya, dipandang sepi oleh pihak bank dan pelbagai lagi hingga beliau merasakan sudah tiba masanya untuk beliau kembali semula ke tempat di mana tenaga muda yang berkebolehan sepertinya dihargai dan diiktiraf setimpal dengan ilmu yang beliau miliki.

Aku percaya, bukan Dr. Muiz seorang yang terpaksa menempuh kesukaran sebegini.

Sayang sekali, di saat kita berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa balik tenaga pakar dan profesional dari luar negara seperti beliau, nampaknya kita jugalah yang MEMUSNAHKAN IMPIAN, ILTIZAM DAN PENGORBANAN mereka.

dr-muiz-2

dr-muiz-3

dr-muiz-4

dr-muiz-5

Ini bukan cerita politik. Ini bukan cerita seorang pemuda yang bencikan negara atau pemerintahnya.

Ini kisah seorang pemuda yang mahu menabur bakti pada agama, bangsa dan negaranya berlandaskan kemahiran dan pemikiran aras tinggi yang dia miliki setelah lebih 10 tahun berjuang untuk mendapatkan ilmu di negara orang.

Di mana silapnya?