Apa lagi yang lebih epik apabila sebuah syarikat dron, Propel berjaya menggabungkan Dron bersama jet keluaran Star Wars. Jika sebelum ini, anda seorang pengumpul tegar model-model Star Wars keluaran LEGO, kali ini lebih awesome kerana jet-jet ini dapat dikawal.

Pelbagai model daripada Star Wars yang dikeluarkan secara serentak. Sama ada anda peminat X-Wing, Millennium Falcon,Tie Fighter, you name it. Semuanya akan hadir dalam bentuk dron. Menonton daripada gambar yang dikeluarkan sahaja sudah buat kami tidak sabar untuk mendapatkan dron ini berikutan details yang mantap daripada Propel. Oh ya, Propel juga mengeluarkan speeder bike versi quadcopter yang sangat cute ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Menonton gambar ini sahaja sudah berjaya buat kami bayangkan quadcopter ini bergerak dengan perlahan disertakan lagu tema Star Wars yang sangatlah epik

Ternyata bukan sahaja aspek kekemasan yang diberi perhatian daripada syarikat ini. Propel berjaya meyediakan kelajuan dron keluaran Star Wars ini to the next level. Dikatakan dron-dron ini mampu mencapai kelajuan sehingga 40mph bersamaan 64km/h. Untuk Millenium Falcon selaku model flagship mampu mencapai kelajuan 80km/h. Power!

Fungsi lain seperti aksi 360 dan laser-based fighting mechanics membolehkan hampir 24 quadcopter bertempur di udara secara serentak bakal disertakan. Cukup sekadar itu, kelajuannya sahaja sudah cukup membuatkan kami teruja.

Memandangkan model-model ini adalah ‘collectible item’ , berkolaborasi pula bersama Star Wars sudah tentu dron ini tidak dijual dengan harga yang rendah. Buat peminat Star Wars pasti sudah masak dengan harga model-model ini memandangkan model ini boleh juga dijadikan sebagai investment.

Model-model ini akan dijual pada bulan ini dengan harga sekitar $200 – $300. Harga yang masih berpatutan buat peminat Star Wars dan masih rendah jika nak dibandingkan dengan Millenium Falcon keluaran Syarikat LEGO. Buat anda yang berminat, selamat menabung dan membeli. May the force be with you.

Sumber