Siapa yang pernah ke Hong Kong pasti tahu bagaimana padatnya bandar itu. Bandar Hong Kong adalah antara yang paling padat di dunia dan disebabkan itu, mereka terpaksa membina pangsapuri atau apartment untuk didiami oleh penduduk bandar itu.

Hong Kong mempunyai bangunan setinggi lebih 500 kaki (150m) paling banyak jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di seluruh dunia. Dianggarkan terdapat lebih 7 juta orang tinggal di Hong Kong yang hanya berkeluasan 400 batu persegi. Andy Yeung, jurugambar dari Hong Kong merakam kepadatan bandar ini menggunakan drone dan hasilnya sangat mengagumkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya mahu menunjukkan kepada umum bagaimana orang dapat tinggal di tempat yang padat ini,” kata Yeung yang menghabiskan masa selama dua bulan untuk mengambil gambar-gambar ini. Jadi kalau nak tengok lebih lanjut gambar-gambar lain kota Hong Kong yang dirakam Andy, boleh ke sini. Handsome orangnya.

drone-photography-hong-kong-density-andy-yeung-3

drone-photography-hong-kong-density-andy-yeung-4

drone-photography-hong-kong-density-andy-yeung-2

drone-photography-hong-kong-density-andy-yeung-5

drone-photography-hong-kong-density-andy-yeung-1

Sumber