Dubai sememangnya terkenal dengan rekaan yang futuristik dan mewah. Tidak cukup dengan pulau yang eksklusif serta bangunan pencakar langgit tertinggi dunia, Dubai bakal membina sebuah mercu tanda yang baharu. Dubai bakal menjadi yang pertama untuk membina gelanggang tenis di bawah air. Bayangkan anda boleh melihat kehidupan laut serta menonton tenis secara serentak. Seronok bukan?

AD-The-Worlds-First-Underwater-Tennis-Court-11

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan cadangan, sebanyak 7 gelanggang akan sempena kompleks tenis terbaru ini. Bukan itu sahaja, gelanggang tenis ini akan dibina di persisiran pantai Persian Gulf dan akan ditempatkan diantara Burj Al Arab dan Pulau Palm Jumeirah. Kami harap impian Krzysztof Kotala iaitu arkitek yang mencadangkan idea ini bakal menjadi kenyataan di masa akan datang.

Setakat ini, proses membina gelanggang ini masih di dalam penyelidikan dan pihak yang terlibat memerlukan sumbangan yang banyak memandangkan proses pembinaan gelanggang ini memerlukan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi untuk merealisasikan gelanggang tenis yang hebat ini.

AD-The-Worlds-First-Underwater-Tennis-Court-13