Jika anda tak kenal siapa Edward Snowden ini, Snowden adalah bekas pekerja Central Intelligence Agency (CIA) yang mendedahkan kepada umum beberapa rahsia penting kerajaan Amerika Syarikat terutamanya dari National Security Agency (NSA).

Dengan pengalaman bekerja untuk CIA sebelum ini, beliau kini sedang dalam usaha mencipta sebuah kerangka iPhone untuk menangkis cubaan kerajaan atau sebarang agensi luar daripada menggodam atau spy iPhone anda. Beliau bekerjasama dengan rakan hackers beliau, Andrew ‘Bunnie’ Huang untuk ciptaan kerangka iPhone ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kerangka ini berfungsi setelah ianya disambung pada telefon anda dan akan mengeluarkan amaran jika telefon itu membuat sebarang contact secara sulit. Mereka namakan kerangka itu sebagai ‘introspection engine‘ yang mengandungi komputer yang mengakses kad SIM dan komponen telefon anda.

Kerangka ini mempunyai komputer dan paparannya yang tersendiri. Ia akan memaparkan sistem telefon anda (GPS,Bluetooth,WiFi,Servis selular anda) dan jika kerangka ini mengesan sebarang aktiviti yang meragukan, penggera akan berbunyi.

edward-snowden-iphone-anti-spying-privacy-1

edward-snowden-iphone-device-wireless-tapping-1

Snowden dan Huang membuat pembentangan idea mereka ini MIT Media Lab dan Snowden cuma hadir dalam bentuk video conference ketika pembentangan. Beliau yang kini tinggal di Russia mendapat suaka politik di sana kerana jika beliau kembali ke US untuk membuat pembentangan di MIT, semestinya beliau akan ditangkap. Genius.

Buat masa ini, introspection engine hanyalah sebuah konsep dan tiada prototype hadir ketika ini. Kerangka ini mungkin bukan untuk semua, tetapi teknologi ini pastinya ditunggu-tunggu individu penting di serata dunia.

Sumber