Bagi Elon Musk, setiap masalah atau complaint dari customer beliau akan diambil serius. Bulan lalu, beliau menerima satu aduan di akaun Twitter beliau. Aduan itu datangnya dari seorang pelanggan Tesla dengan nama Loic Le Muer.

“Saya memandu ke Silicon Valley dan perlu mengecas kembali kereta Tesla saya. Jadi saya berhenti di stesyen supercharger San Carlos dan terdapat 5 kereta di hadapan saya yang juga sedang menunggu giliran. Kebanyakkan mereka tidak di kereta dan ke tempat lain apabila kereta sedang dicas. Walaupun sudah penuh, mereka tetap tidak kembali ke kereta,” kata Loic dalam satu temubual majalah Medium. Jadi Loic mengambil keputusan untuk tweet Elon berkenaan masalah ini.

Contoh Tesla ‘Supercharger’

Enam hari kemudian, Tesla menambah polisi ini pada laman web mereka. “Supercharger direka untuk keselesaan bersama. Kami tahu ianya sangat menyusahkan jika tiba di stesyen superchager dan melihat kereta-kereta sedia ada sudah fully-charged tetapi kereta-kereta ini masih berada di tempat pengecasan. Dengan ini kami memperkenalkan sistem baharu untuk memudahkan urusan pengecasan di Supercharger ini,” polisi terbaru di laman Tesla.

Menerusi sistem ini, setiap kereta akan dikenakan cas USD0.40 untuk setiap minit kereta mereka terlebih charge di setiap Supercharger. Cas tidak dikenakan jika pengguna mengeluarkan kereta mereka dalam masa 5 minit selepas menerima notifikasi.

Apa yang dapat dipelajari dari kes ini adalah betapa efektifnya Tesla dalam menyelesaikan masalah dan walaupun aduan itu disalurkan terus ke account Twitter Elon Musk, beliau sebagai founder Tesla tetap mengambil berat akan aduan tersebut.

Ini menunjukkan betapa bagusnya sosial media jika digunakan secara tepat. Elon Musk secara halus mengajar kita cara beliau menguruskan Tesla dengan PR dan cara beliau menangani aduan pengguna dengan baik. Bagi beliau, setiap aduan adalah penting untuk menambah baik lagi servis Tesla dan customer experience. Bila pelanggan gembira, lebih attached pelanggan itu dengan sesuatu jenama yang mereka gunakan betul? Buat peniaga di luar sana, jadilah seperti Elon Musk. Respect.

Sumber