Bila sebut sahaja facebook, memang ramai yang mengenalinya. Dalam kehidupan pada hari ini, mungkin terasa sedikit janggal jika tidak mempunyai akaun facebook. Kehadiran facebook dalam dunia sosial hari ini memberi impak yang sangat besar kepada komuniti di dunia.

Jika dahulu laman sosial lebih kepada mencari kenalan dan hiburan, tetapi facebook membawanya kepada satu tahap yang lain. Dari rakyat biasa sehinggalah raja, semuanya memiliki facebook.

Hari ini penggunaan facebook begitu meluas, ia digunakan dalam pelbagai bentuk. Berita, informasi, hiburan, jual beli dan banyak lagi. Boleh dikatakan hari ini semuanya facebook.

Mula diperkenalkan kepada umum pada febuari 2004, facebook kini bernilai $364 bilion dengan melebihi 1.71 billion pengguna setiap bulan. Pencapaian yang cukup hebat.

Disebalik kejayaan ini, mari kita lihat bagaimana Mark Zuckerberg memulakan kariernya bersama facebook. Siapa sangka, bermula dari asrama sehinggalah menjadi terkenal di dunia seperti yang anda lihat sekarang.

Idea mecipta Facebook bermula di sebuah asrama di Universiti Harvard, tempat yang sama didiami oleh Wallace Shawn. (Suara latar didalam animasi Toys Story)

Pada tahun 2003, Mark mula membangunkan program ‘Face Mash’, aplikasi pengunaan gambar rakan sekelasnya yang telah digodam. Ia terdapat 450 halaman dengan 22,000 tontonan selepas 4 jam dimuat naik.

Selepas beberapa hari kemudian, pihak Universiti Harvard mengeluarkan amaran supaya menutup atas faktor privasi dan keselamatan.

Mark kemudiannya dikenakan tindakan disiplin, namun masih diberi peluang untuk meneruskan pengajiannya. Pada febuari 2004, dia mula melancarkan ‘The Facebook’.

6 hari selepas pelancaran, 3 orang rakannya Cameron, Winklevoss dan Narendra bersepakat untuk mewujudkan satu laman web yang dipanggil harvardconnection.com. Tetapi Mark memilih untuk mengekalkan Facebook.

f4

Dalam satu bulan pertama, separuh dari pelajar Harvard merupakan ahli facebook . Pada bulan Mac seterusnya, ia  berkembang ke Yale, Colombia dan juga Universiti Stanfort.

Waktu inilah Mark mula dibantu oleh 3 lagi rakan kongsinya Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, Andrew McCollum, dan Chris Hughes.

Facebook mula membuka jualan iklan selepas beberapa bulan kemudian. Ini menunjukan pencapaian mereka cukup baik dan semakin membesar.

Ketika ini facebook masih lagi beroperasi di bilik asramanya, tetapi Mark mula menjalankan dengan serius. Nasib sama seperti Bill Gates, Mark kemudiannya diberhentikan dari Universiti Harvard.

Pada tahun 2004, Mark mula melantik Sean Parker ( Co-Founder Nepster) sebagai Ceo Syarikatnya.

Dalam masa yang sama, facebook mula berpindah ke pejabatnya yang baru di Palo Alto, California.

Pejabat facebook yang pertama. Permulaan yang kecil.

Pada bulan yang sama, facebook mula mendapat pelaburnya yang pertama dari bekas eksekutif PayPal, Peter Thiel sebanyak $500,000 usd.

Pada Mei 2005, facebook menaikkan lagi dana sebanyak $13.7 million dan memperkenalkan sistem news feeds pada tahun 2006.

Pada akhir tahun 2007, Mark betemu eksekutif Google Sheryl Sandberg di satu parti krismas. Dia kemudiannya mula mempertimbangkan untuk mempunyai satu hubungan bersama The Washington Post.

Tetapi selepas perbincangan bersama Sheryl, Mark memutuskan bahawa facebook memerlukan ketua pegawai operasi dan ini berjaya menyakinkannya. Sheryl menyertai mereka pada awal tahun 2008.

Facebook membangun dengan begitu cepat sekali, terutama pada penggunaan telefon pintar. Pada 2009, Facebook mula berpindah ke pejabat yang lebih besar. Membesar dengan pantas, pada akhir 2010, Facebook menerima kunjungan sehingga mencecah trilion setiap bulan!.

Ruang sedia ada tidak dapat menampung dalam masa yang lama, pada tahun 2011 facebook mula berpindah ke kampus koprat yang mana dahulunya diduduki oleh Sun Microsystems, Greece sebelum jatuh.

Mark menamakan jalan itu sebagai 1 Hacker Ways iatu merujuk kepada nama gelarannya.

Facebook juga dijadikan sebagai salah satu pengaruh kuat dalam politik. Contohnya pada pemberontakkan Mesir pada tahun 2011.

Pemimpin dunia, Obama turut menyokong facebook dalam menyebarkan akses internet di seluruh dunia.

Rangkaian sosial jadi semakin meningkat. 18 Mei 2012, facebook menawar harga bermula $5 billion kepada awam.

Selepas IPO, Mark kemudian berkahwin dengan Priscilla Chan yang mana ketika itu masih lagi pelajar di Universiti Harvard.

Facebook sentiasa berkembang maju, Mark seterusnya mengambil keputusan untuk memilih laman perkongsian gambar terkenal Instagram dengan harga 1 bilion pada tahun 2012 dan kini mempunyai lebih 400 juta pengguna.

Facebook juga membeli Syarikat VR terkenal Oculus pada harga $2 billion pada tahun 2014.

Dan juga Whatsapp dengan harga $19 billion pada febuari 2014.

f12

Pada 3 Febuari 2014, facebook  menerima kunjungan 1.23 bilion setiap bulan. 1 bilion daripadanya adalah melalui telefon pintar. Zaman semakin berubah dan facebook meneruskan untuk sedia membesar.

f13

Memenuhi permintaan, Facebook mula berpindah ke pejabat baru yang dibina oleh arkitek lagenda terkenal Frank Gehry dengan pekerja seramai 2,800 orang.

f13

Dengan slogan ‘Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk duit, tetapi kami membuat duit untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik’

f14

Pada Disember 2015, Mark mengumumkan penubuhan Chan Zuckerberg Initiative dengan mendermakan 99% daripada sahamnya.

Walaupun sudah kaya, tidak kira apa pun yang berlaku Mark akan memastikan dia tidak kehilangan kawalan terhadap syarikat ini hasil usaha kerasnya sejak asrama lagi.

112