Kejayaan Facebook untuk terus mendapatkan keuntungan yang lebih bukanlah sesuatu yang baru. Cumanya, kali ini Syarikat Facebook telah berjaya mengatasi keuntungan beberapa syarikat-syarikat media besar yang sudah lama bertapak di dalam industri seperti Disney dan CBS.

facebook

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan data daripada Variety, Facebook telah berjaya mengutip lebih $9.1 billion USD melalui pengiklanan pada 3 bulan pertama tahun ini. Jika anda merasakan jumlahnya sudah cukup banyak, hasil yang dikutip tersebut cuma meliputi jumlah keuntungan di North America sahaja.

Dijangka keuntungan yang diterima Facebook di Asia juga lebih besar memandangkan lebih ramai pengguna aktif dan trend pengiklanan juga lebih rancak berbanding di North America.

mark-zuckerberg-032613

Facebook CEO Mark Zuckerberg speaks at the F8 summit in San Francisco, California, on March 25, 2015. Zuckerberg introduced a new messenger platform at the event. AFP PHOTO/JOSH EDELSON (Photo credit should read Josh Edelson/AFP/Getty Images)

Peningkatan keuntungan yang diterima Facebook berjaya meletakkan Facebook sebagai antara penerima pengiklanan tertinggi mengatasi media tradisional seperti TV dan surat khabar. Dalam pada itu, kejayaan Facebook masih jauh mengatasi keuntungan yang diterima Google iaitu sebanyak $21.5 billion USD pada 3 bulan pertama 2016.

Melihat kepada trend semasa kemungkinan pengiklanan digital bakal mengaut keuntungan yang lebih di masa akan datang manakala media tradisional melibatkan pemasaran melalui TV, majalah dan surat khabar sedikit menurun.

Sumber