Berkat doa dan undian semua rakyat Malaysia, Faiz Subri akhirnya berjaya mengalahkan gol-gol cantik yang lain untuk merangkul anugerah berprestij FIFA Puskas 2016!

Tendangan roketnya yang melawan graviti 16 Februari tahun lalu nyata unik dan mendapat perhatian dunia. Menerusi keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh FIFA, gol Faiz Subri menerima 59.46% undian manakala Marlone dan Daniuska masing-masing menerima 22.86% dan 10.01% undian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Faiz Subri berjaya mengetepikan Marlone (Brazil) dan Daniuska Rodriguez (Venezuela) yang disenarai akhir top 3 untuk anugerah ini. Anugerah Puskas itu disampaikan oleh lagenda bola sepak, Ronaldo Luís Nazário de Lima. Ini ucapan Faiz sebentar tadi.

https://twitter.com/IreneTerritory/status/818542647933485057

Tahniah Faiz Subri! Anda nampak sangat handsome dalam persalinan baju suits. Mujur anda tidak pakai persalinan pahlawan Melayu siap berkeris.

https://www.youtube.com/watch?v=UwykRjxMdBQ