Tahniah Faiz Subri di atas kejayaan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa dalam arena sukan bola sepak. Sungguhpun masih jauh peluang pasukan Malaysia untuk layak ke Piala Dunia, setidak-tidaknya nama Malaysia tercatat dalam sejarah FIFA sebagai salah satu negara yang melahirkan “Football Physician” sebaris dengan nama-nama pemain terkemuka di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat aksi di atas, sepakan bola Faiz Subri yang paling awesome berbanding yang lain. Berikut ialah rekod para pemenang Anugerah Puskas FIFA:

1. 2009 – Christiano Ronaldo (Portugal)
2. 2010 – Hamid Altintop (Turki)
3. 2011 – Neymar (Brazil)
4. 2012 – Miroslav Stoch (Slovakia)
5. 2013 – Zlatan Ibrahimovic (Sweden)
6. 2014 – James Rodriguez (Colombia)
7. 2015 – Windell Lira (Brazil)
8. 2016 – Faiz Subri (Malaysia)

Banyak ulasan dari media massa, blog, berita dan sebagainya mengenai kemenangan Faiz Subri. Jadi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kecuali tentang teknik sepakan percuma ini. Teknik lencongan berbentuk pisang yang mengelirukan penjaga gol pihak lawan ini dikenali sebagai teknik sepakan “Banana Curve”. Dengan kelajuan yang betul, jarak dan sudut sepakan optimum, teknik ini boleh dilakukan dalam jarak yang agak jauh atau di luar kotak penalti.

Adakah Faiz Subri jelmaan Roberto Carlos? Satu saja penyebabnya iaitu cara sepakan adalah sama menggunakan sebelah luar kaki. Jika kita lihat pemain-pemain terkenal lain seperti David Beckham dan Ronaldinho, selalunya mereka menggunakan sepakan dari sebelah dalam kaki. Perbezaan Faiz dengan Roberto Carlos adalah dari segi penggunaan kaki di mana Roberto Carlos menggunakan kaki kiri dan Faiz menggunakan kaki kanan. Tapi pada asasnya mereka guna satu teknik yang sama. Mungkin ada pemain lain yang seakan sama, namun saya cuma bangkitkan Roberto Carlos kerana dia telah mengegarkan dunia fizik pada ketika itu apabila teori fizik dibuktikan menjadi di padang bola.

Sepakan sebelah luar. (Gambar: YouTube)

Kenapa saya gelarkan mereka “Football Physician”? Kerana mereka berjaya membuktikan teori fizik dalam sepakan percuma bola sepak. Selain “Banana Curve”, teknik ini turut sinonim dengan “Magnus Effect” iaitu bagaimana pergerakan bola dalam bentuk projectile motion boleh melencong di dalam udara dalam keadaan bola berpusing sehingga boleh berubah haluannya disebabkan tekanan “Magnus” yang menekannya telah melawan arus haluan asal ataupun dalam bahasa Inggeris perpendicular to the direction.

Anda boleh lihat dalam gambar di bawah bagaimana ianya berlaku.

Magnus Effect (Gambar : Comsol.com)

Magnus Effect (Gambar: Paperblog)

Untuk mengulangi sepakan yang sama, saya kira ianya memang memerlukan latihan yang cukup intensif untuk melakukan sepakan ini. Seperti yang kita sedia maklum pemain-pemain terkenal seperti Roberto Carlos dan David Beckham boleh menendang menggunakan teknik ini berulang kali dan ianya menjadi! Tidak lain tidak bukan, ia berpunca daripada latihan yang cukup intensif dalam mengambil sepakan percuma. Ia mungkin boleh terjadi kerana nasib, akan tetapi perlu tahu tekniknya juga. Betul tak?

Jika kita teliti tekniknya, anda perlu menendang bola dengan mengambil kira angle trajectory dan mensasarkan dengan tepat di penjuru pintu gol. Ia sememangnya memerlukan latihan yang agak lama. Jika kelajuan, tekanan (sepakan) dan sudut optimum dicapai, maka insyaALLAH anda akan berjaya melakukan Banana Curve Kick dengan Magnus Effect. Seingat saya ada orang ajar saya tendang betul-betul dekat lubang untuk mengisi angin bola dan kesannya lebih bagus. Betul ke tidak saya tidak pasti. Haha.

Jom tengok video-video yang hebat mengenai Banana Kick.

1. Roberto Carlos (sebelah luar kaki)

2. Faiz Subri (sebelah luar kaki)

https://youtu.be/lIDAXrjjXe8

3. David Beckham (sebelah dalam kaki)

4. Ronaldinho (sebelah dalam kaki)

Kita patut berbangga dengan pencapaian Faiz Subri yang berjaya mendapat pengiktirafan dunia. Semestinya FAM perlu didesak untuk melakukan sesuatu supaya dapat melahirkan lagi bintang-bintang bola sepak seperti Faiz. Alangkah seronoknya jika ada filem Bend It Like Faiz, siapa tahu?