Jika diberi pilihan, dalam dunia yang macam mana anda mahu hidup? Kami pasti anda sudah tentunya memilih untuk hidup di dalam suasana kehidupan yang penuh harmoni, tenang dan mendamaikan bukan?

Pengalaman menyarungkan hijab di negara bukan islam seperti di Amerika kadang-kala menimbulkan tanggapan kurang enak di mata masyarakat tempatan. Ini mendorong Nur Nashrah Mohd Reza mengambil peluang menyertai pertandingan festival filem di White House kali ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan tema “What kind of world do you want to live in?”, anak kelahiran Malaysia berusia 15 tahun mewakili Greeley West High School ini diberi peluang menghasilkan video selama 3 minit.

Berjudul ‘Through My Eyes’  video ini seolah-olah bercerita mengenai tanggapan yang kurang enak terhadap orang islam terutama wanita berhijab. Ketahui lebih lanjut dengan melihat video yang kami paparkan di bawah.

Tahniah kami ucapkan di atas usaha ini. Walaupun nampak kecil ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada dunia. Hati Obama juga mungkin boleh cair setelah melihat video ini.

#MuslimsAreBeutiful

Video ini sudah berjaya masuk dalam senarai 15 peserta terakhir sebelum ia mula ditayangkan. Anda boleh menyokong usaha Nur Nashrah dengan menyumbang atau berkongsi ke facebook melalui pautan ini.

Sumber