Sebagai seorang yang telah menonton filem Munafik, boleh saya katakan ini antara filem tempatan genre seram yang terbaik. Dan sebenarnya ianya bukan lah cerita hantu, tapi filem penuh pengajaran. Memang kena tengok sendiri.

Dalam perkembangan terbaru, Munafik telah mengutip RM15.4 juta selepas 3 minggu ditayangkan dan bilangan pawagam turut ditambah oleh kerana sambutan hangat yang diberikan oleh penonton, iaitu sebanyak 120 pawagam (sebelum ini hanya 90).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Memandangkan minggu ketiga ini kami akan berhadapan dengan filem blockbuster antarabangsa, Batman v Superman: Dawn of Justice, yang akan ditayangkan mulai 25 Mac, Munafik berkemungkinan akan diletakkan di pawagam lebih kecil”

“Namun, ia masih kekal ditayangkan di 120 pawagam, termasuk Singapura dan Brunei,” jelasnya kepada BH Online. Tambah pelakon dan juga pengarah ini, dia juga yakin bahawa jualan tiketnya akan melonjak sehingga mampu mencecah RM16 juta di Malaysia saja.

Sumber