November 22, 2016 12:28 PM

Tahun 2020 semakin hampir, diharapkan semperna menjelangnya wawasan 2020 nanti bolehlah kita lihat kereta terbang seperti apa yang pernah diimaginasikan suatu ketika dahulu.

Selepas kereta, adakah konsep motosikal terbang bakal menjadi fenomena pula? Sebuah syarikat teknologi automotif, Flike bakal mewujudkan motosikal terbang. Yang menariknya, kenderaan ini mampu bergerak selaju 100 km sejam dengan keupayaan membawa bebenan seberat 100 kg di udara

Difahamkan, Flike merupakan tricopter yang dibangunankan menyerupai dron raksasa dengan tiga kipas, dua di depan dan satu lagi dibelakang. Motosikal terbang ini juga boleh dikendalikan secara manual atau menggunakan alat kawalan jauh pada had ketinggian 30 meter.

1

2

Buat pengetahuan anda, konsep motosikal terbang ini pernah diperkenalkan kepada umum pada tahun 2014. Dengan kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini, projek seperti ini tidaklah mustahil dilihat pada masa akan datang.

Selain kenderaan terbang, kami harap teknologi kereta elektrik akan diperkenalkan secara meluas sebagai penganti kepada petrol. Ini mungkin idea yang sangat relevan jika diwujudkan pada masa sekarang.

Artikel Berkaitan