Jepun memang banyak betul tempat menarik dan anda boleh pangkah lagi satu tempat untuk anda pergi jika ke Jepun. Kalau anda nak jumpa dengan musang merah (red fox) yang sangat comel, boleh masukkan Miyagi Zao Fox Village yang terletak di Shiroishi, Miyagi.

Perkampungan ini boleh diakses dengan Shinkansen dan mengambil masa dua jam dari Tokyo. Sampainya di sana, anda boleh naik teksi untuk ke tempat ini. Bayaran masuk untuk ke tempat ini adalah 1000 yen (lebih kurang RM30).

Tetapi perlu diingatkan walaupun mereka ini semuanya comel, tetapi musang tetap musang. Anda perlu sentiasa nampak berani atau musang-musang ini akan cuba mengigit anda. Dan perkara yang paling penting; elakkan untuk menyentuh mereka kerana mereka mungkin akan gigit.

Gambar-gambar ini adalah perkongsian dari jurugambar dari Mexico, Natasha. Menurut beliau, tempat ini memang menyeronokkan dan walaupun sedikit jauh dari Tokyo, ianya satu perjalanan yang berbaloi. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Miyagi Zao Fox Village ini, boleh baca di sini.

https://www.instagram.com/p/BEQkzWaRiyC/