Rakaman video gadis comel tebar roti canai jadi viral sungguh baru-baru ini di laman sosial. Pelbagai persoalan timbul, ada juga dikalangan netizen yang sempat usik-mengusik diruangan komen.

Gadis comel yang kami maksudkan ini ialah Fatin Farhana Mohd Suad, apa yang lebih mengejutkan dia baru sahaja berusia 17 tahun. Hebat betul!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anak ke empat dari lima beradik ini pernah putus asa kerana roti canai ditebarnya tidak lembut, namun nekad untuk terus mencuba sehingga berjaya demi membantu ibunya.

Instagram: @fatin744

Menurut Fatin, tiga hari dia mencuba barulah roti yang ditebarnya lembut sama seperti yang ditebar ibunya.

“Ibu mengajar saya menebar roti canai dan dia (ibu) pesan pergerakan tangan dan tapak tangan mesti lembut untuk memastikan roti sedap. Kalau kasar, tak menjadi.

“Percubaan pada hari pertama dan kedua gagal kerana roti canai ditebar tidak lembut. Saya fikir nak bantu ibu, saya cuba lagi dan Alhamdulillah hari ketiga berjaya,” katanya.

Fatin dan Ibunya Rosmawati Che Omar, 42 menguruskan gerai ‘Kak Ita Corner’ di Jalan Bruseh, Bidor, Perak. Gerai mereka beroperasi pada setiap hujung minggu bermula 5 petang hingga 12 tengah malam.

Dalam masa yang sama, Fatin bersyukur kerana selepas videonya viral semakin ramai pelanggan yang datang ke gerai mereka.

“Kami hanya menumpang berniaga di gerai kawan ibu sebab gerai kami dirobohkan bulan lalu. Alhamdulillah, berniaga di gerai baru dapat sambutan apatah lagi selepas gambar dan video saya menebar roti canai ‘viral’,” ujar Fatin.

Bosan makan roti canai mamak, apa kata anda cuba roti canai Kak Ita Corner pula.

Sumber