Buat para engineer, bekerja di Syarikat Google mungkin pekerjaan yang paling cool anda boleh dapatkan. Sudahlah syarikat hebat, ada pula workspace yang sangat awesome buat semua para pekerjanya.

Walaubagaimanapun, mendapatkan pekerjaan di google tidaklah semudah yang disangka. Malahan lebih sukar berbanding kepayahan kisah Billy McMahon dan Nick Campbell  di dalam movie The Intership. Cerita wajib buat anda yang bercita-cita untuk bekerja di Google.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

the-internship

Pierre Gauthier, selaku computer engineer yang telah membangunkan syarikatnya sendiri selama lebih 18 tahun antara yang mencuba nasib untuk menjadi sebahagian daripada staff Google.

Siapa sangka phone interview daripada Google nampaknya tidak seindah yang disangka.

Berikut merupakan 10 soalan awal yang akan ditanya Google jika anda menerima phone-interview daripada Google:

1. What is the opposite function of malloc() in C?

2. What Unix function lets a socket receive connections?

3. How many bytes are necessary to store a MAC address?

4. Sort the time taken by: CPU register read, disk seek, context switch, system memory read.

5. What is a Linux inode?

6. What Linux function takes a path and returns an inode?

7. What is the name of the KILL signal?

8. Why Quicksort is the best sorting method?

9. There’s an array of 10,000 16-bit values, how do you count the bits most efficiently?

10. What is the type of the packets exchanged to establish a TCP connection?

Mencabar bukan?

Dan jika anda tidak dapat menjawab kesemuanya anda sebenarnya tidak keseorangan. Hal ini kerana Gauthier juga sama. Beliau sekadar berjaya menjawab 4 daripada 10 soalan yang diberikan.

Kecewa dengan cara Google mendapatkan staff, Pierre telah membangunkan sebuah blog untuk meluahkan perasaannya terhadap Syarikat Google seterusnya ‘membocorkan’ jawapan buat setiap soalan yang diberikan melalui blognya iaitu Gwan.com.

Tidak cukup dengan itu, Pierre turut merumuskan karier pekerjaan sepanjang hidupnya. Hasilnya amat memuaskan.

Saya mula berjinak dengan pengaturcaraan seawal usia 11 tahun. Berikutan terlalu minat, saya tak pernah tinggalkannya selama lebih 37 tahun. Saya turut terpilih sebagai R & D Director termuda syarikat pada usia 24 tahun. Sepanjang 24 tahun sebagai R & D Director pelbagai cabaran telah saya lalui termasuk design dan implemen projek-projek yang berkaitan.

3028909-slide-s-google-offices-0

6e5a7e5ee96e790b2de67c5435106950

Di akhir blognya, beliau telah melontarkan sebuah soalan buat Google. ‘Adakah Google terletak meletakkan stardard piawaian terlalu tinggi atau staff yang berminat untuk bekerja di Google kebanyakannya kurang skill yang diperlukan’.

Apakah pendapat anda? Adakah berbaloi Google demand staff yang boleh diklasifikan sebagai ‘jack of all trades’ untuk dibayar gaji yang setimpal dengan syarikatnya yang gah?

Sumber