Baru-Baru ini, Mark Zuckerberg telah memuat naik satu gambar di Facebook untuk mengucapkan tahniah buat Instagram yang telah mencecah 500 juta pengguna sebulan. Dan ianya sesuatu yang hebat untuk platform media sosial itu.

Tetapi lebih menarik apabila netizen cepat menangkap beberapa perkara menarik tentang gambar berkenaan. CEO Facebook itu mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih kuat berbanding kita semua ketika melayari internet.

Dalam salah satu cara untuk mengelak dirinya dari dijadikan sasaran oleh hackers, Mark melekatkan pita pelekat pada microphone dan webcam komputer riba beliau dan menggunakan email provider dengan sistem sekuriti yang tinggi. Beliau tidak menggunakan email provider yang biasa kita pakai seperti YahooMail dan GoogleMail.

Beliau berhak menjadi ‘paranoid’ kerana beliau adalah Mark Zuckerberg, dan semestinya ramai hackers yang ingin cuba mendapatkan kata laluan untuk akaun Facebook beliau malahan details penting seperti maklumat akaun bank milik Mark.Direktor untuk FBI, James Comey turut mengaku yang beliau turut meletak pita pelekat pada webcam beliau sebagai salah satu langkah keselamatan.

Edward Snowden, antara individu yang memecah rahsia CIA kerajaan Amerika ke Wikileak berkata pihak kerajaan Amerika mempunyai program yang menggunakan aplikasi Yahoo Web Chat untuk menangkap gambar jutaan pengguna servis itu tanpa pengetahuan sesiapa pun.

Gambar Mark Zuckerberg ini sedikit sebanyak memberitahu kita bahawa setiap daripada kita yang menggunakan media sosial terdedah dengan risiko untuk digodam oleh para hackers. Jadi berhati-hati ketika menggunakan laman maya.

P/S : Mark pernah digodam sebelum ini kerana menggunakan kata laluan yang sangat mudah; ‘dadada’

Sumber