Boleh dikatakan model kasut Adidas NMD ini adalah model terbaru dari Adidas yang sangat laris di pasaran. Mana tidaknya, setiap keluaran model itu sold out dalam masa yang singkat setakat ini.

Menurut laman Modern Notoriety, Adidas secara senyap membuat kolaborasi dengan jenama streetwear terkenal Jepun, A Bathing Ape (BAPE) dan mereka menyiarkan gambar tertiris bagaimana rupa kasut berkenaan. Ini adalah kasut sample kerjasama antara Adidas dan BAPE.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

bape-nmd

bape-nmd-1-1

Ini bukan kerjasama Adidas yang pertama dengan BAPE. Kasut kolaborasi antara dua jenama ini sebelum ini memang dicari oleh para collector kasut. Semestinya kasut Adidas NMD X BAPE ini nanti turut mempunyai hype dan permintaan yang sama seperti kasut-kasut kerjasama mereka yang terdahulu.

Dua pilihan warna akan dikeluarkan iaitu print klasik Bape Camo dalam warna hijau dan coklat. Tiada tarikh bila kasut ini akan keluar. Moga-moga ada beberapa pasang kasut ini sampai ke Malaysia.