Buat mereka yang baru hendak mula menonton rangkaian filem X-Men, kami akan berkongsikan secara ringkas garis masa dan sedikit sinopsis keseluruhan filem-filem X-Men bermula dengan X-Men (tahun 2000) sehinggalah X-Men: Apocalypse (2016).

X-Men-The-Last-Stand

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

X-Men, X2 (sekual kedua tahun 2003) dan X-Men: The Last Stand (sekual ke 3 tahun 2006) berlatar belakangkan garis masa sekitar tahun 2000 ataupun tempoh masa yang sama dengan tahun filem-filem itu diterbitkan.

Ketiga-tiga filem ini menonjolkan watak Wolverine yang hilang ingatan mencari identiti sebenar dirinya. Watak antagonis lebih difokuskan kepada Magneto (nama sebenarnya Erik Lehnsherr) selain watak pencipta Wolverine, Kolonel William Stryker.

Kedua-duanya digambarkan telah berusia dan mempunyai sejarah semasa muda dengan beberapa orang ahli kumpulan X-Men (yang akan diceritakan dalam filem akan datang).

x-men-origins-wolverine

Filem keempat daripada franchise ini membawa peminatnya kembali pada tahun jauh sebelum perang dunia pertama dan kedua. X-Men Origin: The Wolverine (2009) ini boleh dikatakan yang pertama dan terawal dalam garis masa rangkaian filem ini.

Di sini, kita dapat melihat permulaan kehidupan James Logan (Wolverine) dan merungkai memori dan identiti yang beliau cari dalam filem X2. Dalam filem keempat ini juga memperlihatkan siapa William Stryker pada usia mudanya.

x-men-first-class

Filem kelima, X-Men: First Class, sekali lagi membawa penonton kembali ke masa lepas. Kali ini berlatarkan garis masa sekitar perang dingin 1960-an di antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet.

Filem ini pula memperlihatkan kehidupan awal Charles Xavier (Professor X) dan Erik Lehnsherr (Magneto). Kedua-dua mereka merupakan sahabat baik dalam sekual ini dan berusia dalam lingkungan lewat 20-an atau awal 30-an.

Di akhir filem, pengarah memaparkan asbab perpecahan antara Charles yang masih berpendapat manusia dan mutan boleh berdamai dengan Erik yang kuat merasakan manusia memusuhi mutan. Perpecahan ini yang mencetuskan konflik dan plot dalam 3 filem pertama X-Men tadi.

x-men-1

Sehingga ini, untuk menonton dengan mengikuti garis masa sebenar, anda perlu menonton X-Men Origin, X-Men: First Class dan baru 3 filem terawal franchise ini.

Filem seterusnya, The Wolverine (2013) merupakan pasca kejatuhan watak antagonis Magneto. Garis masanya pula sekitar tahun diterbitkan. Ini dapat dilihat apabila Wolverine sering dihantui mimpi buruk dan rasa bersalah kerana membunuh Jean Grey (The Phoenix) dalam X-Men: The Last Stand.

Pada 2014, X-Men: The Day of Future Past diterbitkan dengan mempunyai dua latar masa yang berbeza. Pertama, diawal penceritaan membawa kita beberapa tahun kehadapan dari tahun filem ini diterbitkan (mungkin sekitar 2020 lebih).

x-men-2

Ekoran permusuhan antara manusia dengan mutan, mutan kini tersepit dan menanti kepupusan akibat perang. Bagi mengelakkan mereka mati, Wolverine dihantar ke tahun 1970-an untuk membetulkan keadaan dan menghentikan peperangan sebelum ia bermula.

Ini merupakan latar masa kedua dalam filem ini dan yang terpenting dalam mengubah secara hampir keseluruhan plot franchise filem X-Men.

Apabila sejarah telah diubah, secara tidak langsung masa depan juga turut berubah. Ini menjadikan 3 filem terawal yang diterbitkan tidak dilalui oleh manusia dan mutan.

Raven tidak menjadi Mystique, Magneto berubah sedikit positif terhadap manusia, Professor X tidak mati dibunuh oleh The Phoenix dan segala-galanya dalam 3 filem terawal tidak akan berlaku.

Ini bermakna, pengarah boleh menggarap semula cerita pada latar masa tahun 2000 dengan plot yang baru.

Filem yang terbaru, Apocalypse pula berlatarkan masa 1980-an pasca Wolverine membetulkan keadaan, dan bukan lagi plot pra kejahatan Magneto.
Untuk memudahkan anda memahami, kami sertakan gambar rajah di bawah:

x-men
Sumber (http://xmenmovies.wikia.com/wiki/Timeline)

Kesimpulannya, X-Men telahpun mempunyai 2 cerita berlainan dalam satu garis masa yang sama.

Baca lagi: 6 Watak Superhero Yang Bukan Lagi Hak Milik Marvel