Kadang-kadang bila tengok anak nakal, buat perangai, asyik nak cari gaduh adik beradik sampai kita pula yang menyinga.. geram rasanya.

Orang kata ‘banyak akal’. Kejap-kejap ada je idea nak buat hati mama ni macam nak mendidih rasanya. Hmm tak boleh ke baiiiik je perangai tu, sejuk sikit hati mama ni.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kalau tuan-puan pernah rasa seperti yang saya rasa ini, saya nak kongsikan satu kisah. Kisah yang telah mengetuk pintu hati saya sebagai seorang ibu dan juga sebagai seorang pendidik.

Dr Siti Ujla bersama anak didik.
Dr Siti Ujla bersama anak didik.

Ceritanya bermula apabila semester ini saya mengajar pelajar-pelajar baru yang saya tak pernah ajar. Subjek matematik, first year.

Percaya tak kalau saya kata, sepanjang saya mengajar sejak 2012, tak pernah saya jumpa kumpulan pelajar seperti mereka. Satu yang lain tentang mereka ini ialah…. ada satu group ini, dalam 6 orang… ya Allah, nakalnya!

Ada saja idea nak menyakat, dengan saya-saya sekali kena. Dalam kelas, suka hati dia menyakat orang lain. Bila kita cakap, dia selamba menjawab. Pensyarah lain kata ini masalah sikap.

Memang saya pun geram juga.

Tapi kan, masa saya buat operation baru-baru ini dan cakap kelas cuti seminggu, pelajar-pelajar yang ‘banyak akal’ inilah yang paling concern. Sibuk nak datang melawat di hospital.

Bila saya perlukan pertolongan, belum habis cakap mereka dah ready nak tolong. Gayanya tu macam, ‘Dr cakap je nak minta tolong apa, kitaorang tolong’.

Setiap kali selepas kelas, pelajar-pelajar lain sudah salam, cakap terima kasih, sampai semua sudah beredar.. tapi mereka ini tetap akan tunggu saya di dewan kuliah dan tanya, ‘Dr, apa yang kitaorang boleh tolong? Nak bawa apa?’ White board, tau-tau dah putih bersih.

Bila saya mengajar dalam keadaan demam, habis kelas tau-tau je mereka hulur sebungkus plastik. Saya tanya, “Apa ni?”. Mereka jawab, ada panadol, roti dengan air 100 plus. Allahuakbar, bila masa mereka lari ke coop saya pun tak tahu.

Bila saya kata saya buat free tuition kepada anak-anak yatim, mereka juga antara orangnya yang akan pergi.

Bila dah nak exam, mereka pakat-pakat satu kumpulan datang ke office saya untuk belajar dan tanya soalan. Seriously terhibur hati saya tengok mereka berbincang, sebab berbincang sambil bergaduh sambil menyakat sambil beriya nak tolong kawan dia faham soalan itu hehe.

Gayanya tu macam, ‘Kita nakal sama-sama, so exam pun mesti sama-sama boleh buat’.

Sambil gelak, hati saya hiba. Muka saya senyum, tapi hati saya dah hujan lebat. Apa yang mereka buat ini, itulah yang saya tak buat dulu masa saya seorang pelajar.

Saya rajin, kuat belajar, tak suka buang masa, tak suka main-main…. tapi, saya belajar seorang-seorang. Kawan saya apa cerita, saya tak fikirkan pun. Yang penting saya faham, yang penting homework saya siap. Yang saya tahu, CGPA saya mesti first class.

Selfishnya saya.

Allahuakbar, saya geram dengan mereka.. tapi sebenarnya merekalah yang jauh lebih baik berbanding saya.

Mereka mengajar saya bahawa seorang yang kelihatan nakal, banyak akal, ada saja nak buat kita rasa geram… tak semestinya mereka benar-benar nakal.

Kadang, rupanya merekalah yang paling ada hati.

Terima kasih buat anak-anak didik saya yang setiap hari buat saya rasa beruntung dapat menjadi seorang pendidik.

Saya yakin anda semua akan berjaya, jauh lebih berjaya berbanding saya. Sebab anda ada sesuatu yang sangat powerful untuk hidup bahagia dan berjaya.

A good heart.

Tiada hari guru tanpa guru.

Namun kadang kita lupa, tiadalah seorang itu menjadi guru tanpa adanya anak didik.

Jika anak kita, atau anak didik kita nakal, banyak akal, suka buat perangai… lihat sisi baik mereka. Lihat dan hargai.

Kerana boleh jadi, nantinya merekalah anak yang paling banyak menolong kita, menjaga dan menyayangi kita.

Kerana setiap orang ada sekeping hati. Dengan hati yang baik, inshaAllah mereka pasti berjaya.

Selamat hari guru buat semua pendidik, dan buat semua anak didik yang memberi warna dan erti akan adanya seorang yang bernama,
Guru.

Dr Siti Ujila Official
17 Mei 2016