Syarikat penerbangan murah, AirAsia buat julung-julung kalinya bakal mengadakan sebuah acara Hackathon yang dinamakan sebagai Airvolution 2017. Acara ini akan berlangsung di pejabat AirAsia Red Q Sepang pada 18 dan 19 Mac ini.

Sebanyak 20 pasukan bakal dipilih dari serata negara. Syaratnya, negara tersebut haruslah mempunyai servis penerbangan AirAsia. Buat para peserta yang berada di luar negara anda tidak perlu risau kerana AirAsia berjanji akan menaja segala kos penerbangan anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hadiah yang diumumkan buat para pemenang adalah RM25,000 termasuk 5 penerbangan pergi dan pulang ke mana-mana destinasi yang dipilih. Turut disertakan, 100,000 ‘Big’ loyalty points buat para pemenang. Boleh tahan juga tawaran daripada AirAsia ini.

Dikatakan acara yang dilakukan ini merupakan salah satu impian buat CEO AirAsia, Tony Fernandes dimana beliau mahukan AirAsia menjadi sebuah ‘digital airline’. Penglibatan peserta-peserta hackathon ini sekaligus dapat memberi impak buat AirAsia memajukan prestasi syarikat penerbangan mereka.

Acara yang dilakukan ini merupakan acara hackathon pertama yang dilakukan buat syarikat penerbangan AirAsia. Sebelum ini, Emirates Airlines, Singapore Airlines dan MAS antara yang aktif mengadakan hackathon. Dalam pada itu, British Airways berjaya tampil berbeza dengan mengadakan acara hackathon di dalam pesawat penerbangan mereka.

Buat anda yang berminat, penyertaan kini sedang dibuka sehingga 19 Februari 2017 dan anda boleh mendaftarnya di sini.  Pasukan yang berjaya bakal diumumkan pada 3 Mac 2017.

Sumber