Selepas mengumumkan kenaikan speed internet secara percuma buat pelanggan UniFi  pada bulan lepas, TM pada bulan ini sekali lagi mahu menghadiahkan pengguna dengan menawarkan servis iflix secara percuma sehingga 31 Disember 2017.

Kerjasama TM dan iflix yang bermula sejak penghujung 2015 dengan pelayaran selama 12 bulan ini diteruskan selepas berjaya mendapatkan impak positif daripada pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Servis yang sepatutnya menelan belanja RM96 setahun ini membolehkan pengguna melayari pelbagai filem termasuk k-drama yang sedang trending ketika ini. Sebarang drama terbaru bakal ditambah dari semasa ke semasa. Pengguna turut berpeluang untuk menonton secara offline dengan memuat turun rancangan yang diingini secara percuma.

Buat anda yang belum pernah mencuba servis daripada iflix ini, anda boleh muat-turun aplikasi mereka pada platform iOS dan Android atau layari sahaja ke iflix.com untuk menonton terus daripada destop anda. Anda cuma perlu sahkan pendaftaran anda dan terus gunakan secara percuma jika anda merupakan pelanggan UniFi and Streamyx.

Baca lagi: 10 Drama Bersiri Terbaik Yang Anda Boleh Tonton Di iflix