Henry Marr, kanak-kanak berusia 6 tahun yang kini tinggal di Gunung Vernon, Washington bersama keluarganya mempunyai minat yang membara terhadap kelestarian alam sekitar.

Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr
Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr

Ini menjadikan ibunya, Allie Hall, tidak terperanjat apabila Henry sangat sedih selepas menonton sebuah video tentang ancaman manusia terhadap alam sekitar di sekolah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video di atas menunjukkan tangisan Henry kerana ‘planet ini akan hancur’ dan ‘manusia bertindak buruk terhadap bumi’.

Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr
Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr

Video yang menarik perhatian 2.2 juta penonton ini menunjukkan kesedihan Henry terhadap orang yang merosakkan bumi dengan ‘membuang sampah merata-rata’ dan ‘menebang hutan untuk dijadikan rumah’.

Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr
Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr

“They are being so bad (Mereka sangat jahat),” dia berkata. “I could just call them dumb people or maybe even a bad word, the ‘s’ word. (Saya boleh sahaja panggil mereka dungu atau perkataan yang lebih teruk – yang bermula dari huruf ‘s’),” kata Henry, merujuk kepada perkataan ‘stupid’.

Kasih sayang Henry terhadap alam sekitar sangat mengujakan.

Ramai penonton menunjukkan sokongan terhadap semangat beliau terhadap alam sekitar.

Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr
Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr
Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr
Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr

Dalam videonya Henry berkata, “Saya harap saya sudah dewasa sekarang.”

Apabila ibunya bertanya kenapa, Henry menjawab, “Saya hanya nak buat kerja (konservasi alam sekitar) sekarang.”

Allie menjawab, “Awak tak perlu jadi dewasa. Apa yang awak boleh lakukan sebagai seorang kanak-kanak untuk memperbaiki keadaan?”

Dan ini, apa yang Henry lakukan.

Di persekitaran rumahnya, Henry menulis nota untuk mengurangkan pembaziran. Beliau tidak menulis di atas kertas, kerana ianya – membazir.

Sebaliknya, beliau tulis terus di atas apa yang ada.

Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr
Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr

‘Jangan gunakan sinki – anemore (anymore).’

Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr
Allie Hall / Via Facebook: alliehallmarr

‘Jangan mandi juga.’

BACA: Apa Yang Berlaku Di China Ini Sangat Teruk Dan Boleh Berlaku Kepada Negara Kita