Paparock Bersatu adalah satu contoh untuk kita semua. Dia buka page, dia tembak, lepas itu dia blah.

Pada yang tak pasti benda apa aku cakap ini, dipendekkan cerita – masa Bersih 5.0 tempoh hari dia ini guna gambar yang aku rakam, kemudian spin cerita lalu jadi viral.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Gambar aku yang di-spinned.
Gambar aku yang di-spinned.

This is exactly how they, the cybertroopers play the game.

Mereka hanya ada satu KPI – to stir hatred.

Bila orang marah, orang akan luahkan kemarahan mereka. Kebanyakan orang akan gunakan kata-kata kesat kerana mereka rasa itulah ‘hak’ mereka untuk bersuara.

Jaga-jaga kawan, ia tak semudah itu.

Terpengaruh

Kalau kau ingat, masa Thaipusam 2 tahun lepas kalau tak silap ada orang kena tangkap sebab dia maki berhala kuning di Batu Caves.

Kau tahu apa yang berlaku sebenarnya?

Dia terpengaruh dengan satu post di Facebook mengatakan orang Hindu halang laluan sampai dia nak sembahyang Jumaat pun susah.

Jadi dia keluarkan kata maki hingga hina agama Hindu. Akhirnya dia yang ditangkap polis dan dihukum.

Ingat. Dia hanya memberi RESPON kepada dakyah yang ‘dijual’ masuk ke kotak fikirannya. Dia bukan pemula post itu.

Post itu viral satu negara. Aku yakin kalau kau orang ingat-ingat kembali, kau pun pernah dapat orang forward post itu.

Kau tahu, sampai sekarang pembuat post itu tak dapat dicari.

Hit and run

Sebab apa? Sebab taktik yang aku sebut di awal tadi dia HIT. Bila nampak orang dah mula termakan umpan, dia RUN sebelum sempat orang buat laporan atau dia dapat dikesan.

As time goes on, post benci itu akan terus merebak dan dia hanya perhati dari luar. Gelak-gelak aja tengok kau kena bodoh dengan dia.

Orang yang termakan umpan pula akan terus mengeluarkan komen yang makin dan semakin teruk.

Teruk dari segi gaya bahasa mahupun teruk dari segi menghina, dan banyak kali hingga – mengeluatkan fitnah.

Bila ada orang adu tentang ‘hate speech’ pada polis, SKMM akan buat kerja, akan tangkap EMPUNYA POST.

Pada masa ini, PEMULA POST (baca: Cybertrooper) sudah pun off radar.

Mereka dah tutup akaun tempat mereka mula ‘tembak’ post sial tadi.

Maka tinggallah anak-anak ikan (iaitu – kau orang) aja jadi mangsa.

Taktik berkesan

Taktik ini amat berkesan. Ia diulang-ulang sebab orang mudah termakan, dan mereka akan sentiasa off the hook.

Hal sama jadi pada gambar aku yang diputar belit Paparock Bersatu.

Lepas aku hantar personal message kepadanya, tak sampai dua jam selepas itu akaun itu terus hapus.

Aku personal message Paparock bersatu.
Aku personal message Paparock bersatu.
Tak sampai dua jam akaun itu terus hapus.
Tak sampai dua jam akaun itu terus hapus.

Tapi sampai saat ini, post kebencian yang beliau tanam masih tersebar dan orang percaya apa yang beliau tulis.

Ini bukan kes dia ‘takut’. Dia keluar sebab umpan dia dah ada orang makan. Ramai pula tu.

Dia punya ‘grand master’ (which I now know who) pasti akan bagi dia ganjaran berlipat kali ganda.

Memang makanan dia

Kau jangan nak sebut ‘nanti Allah balas’ atau ‘di akhirat masuk neraka’ pada orang begini.

This kind of warning just don’t work on them. And it will never be.

Kenalan aku sudah beritahu aku siapa Paparock ini. Turned up ini memang ‘makanan’ dia.

Gambar asal yang dikongsi penuh harmoni.
Gambar asal yang dikongsi penuh harmoni.

Aku yakin dia sendiri baca artikel ini. Aku tak ada masa nak seru dia kembali ke jalan benar.

Aku cuma boleh pesan pada orang ramai, janganlah mudah diperkuda oleh mereka-mereka ini.

At the end of the day, kau juga akan dipertanggung jawabkan atas apa yang kau post di media sosial ini.

Elak 3 perkara

Kau boleh marah di media sosial, cuma elak tiga perkara:

1. Kata maki

2. Fitnah (benda yang mungkin kau ‘tahu’ tapi kalau kau tak ada bukti kukuh – itu masih kira fitnah)

3. Forward benda yang cerita belakangnya kau tak pasti (99% daripada benda sensasi, terutamanya cerita politik atau berkaitan kaum termasuk dalam golongan ini.)

Fikirkan. Ambil tindakan bijak.

Tolong SHARE artikel ini jangan masyarakat dibodoh lagi.

Ali Imran,
Wartawan Awam ditubuhkan untuk didik masyarakat jangan jadi cyber bully.

BACA: Di Sebalik Tangkapan Rasuah RM117 Juta, 5 Perkara Ini Lebih Merisaukan Aku