Teknologi skrin lengkung dan fleksibel bukanlah sesuatu yang baru. Malah idea ini telah lama dicetuskan oleh LG pada telefon pintar LG G Flex sekitar tahun 2013. Idea daripada LG ini nampaknya diteruskan oleh syarikat-syarikat telefon pintar yang lain termasuk Samsung.

maxresdefault

LG G Flex bukan sahaja lengkung malah sedikit fleksibel dimana skrin LG G Flex tidak sensitif jika dihempap dengan permukaan yang rata. Jika anda rasakan teknologi 3 tahun lepas ini sudah cool, anda silap.

Queen’s University baru-baru ini telah mereka cipta sebuah telefon pintar yang hadir bersama paparan hologram dan skrin yang fleksibel. Menggunakan teknologi skrin P-OLED telefon pintar yang dinamakan sebagai HoloFlex ini mampu untuk menghasilkan imej 3D seakan-akan hologram. Sangat futuristik bukan?

Teleconf02.0

AngryBirds.0

Di gambar kedua ini merupakan angry bird di sudut pandang yang berbeza. Saya yakin anda semua akan perasan dimana skrin HoloFlex ini sangat tidak jelas jika dibandingkan dengan skrin telefon pintar masa kini. Itulah kelemahan yang ditanggung untuk telefon pintar HoloFlex ini. Walaubagaimanapun, tahniah Queen’s University atas usaha yang sangat hebat ini.

Adakah ini ciri-ciri telefon pintar yang akan kita gunakan 2 tahun lagi daripada sekarang setelah syarikat-syarikat telefon pintar puas mencari kesempurnaan dari aspek saiz, ketebalan, kualiti kamera dan RAM?