Bagi sesetengah lelaki, masalah rambut botak mungkin boleh menyebabkan mereka rasa kurang percaya diri. Namun, berlainan pula ceritanya di Jepun. Orang yang berkepala botak mempunyai satu kelebihan di mana mereka akan diberikan diskaun sebanyak 500  Yen jika menginap di Hotel Tetora Kyushu. Kitakyushu, Jepun. Untung! Inilah dikatakan rezeki kepala botak.

Walaupun dianggap melucukan, saya sebenarnya sangat tertarik setiap kali munculnya idea-idea baru dari Jepun. Idea unik ini sebenarnya timbul apabila pekerja kebersihan di Hotel ini sering mengadu tetang masalah rambut yang menyebabkan saluran tersumbat. Maka, sebagai jalan penyelesaiannya pemilik hotel ini bertindak untuk memberikan tawaran tersebut.

Jika anda salah seorang yang memenuhi keteria yang dimaksudkan, anda berhak untuk mendapat potongan harga sebanyak 500 Yen iaitu lebih kurang RM20.00 untuk setiap tempahan bilik di Hotel ini. Memandangkan kos perbelanjaan di Jepun agak tinggi, jadi dapatlah anda berjimat sedikit nanti.

Sepajang 2 tahun promosi ini dijalankan, terdapat pelbagai reaksi dari orang awam. Ada yang menyukainya malah ada yang mengatakan diskaun tersebut terlalu sedikit.

Promosi ini bukan sekadar gimik sementara, malah tahap kesungguhannya dapat dilihat dengan adanya produk-produk seperti mug, cenderahati dan maskot yang menggunakan karakter kartun kepala botak. Kesannya, ia memperkuatkan lagi jenama hotel ini disamping membina identiti unik yang tersendiri.

Sumber