Setakat ini, ini adalah hotel paling minimalis pernah saya lihat. Kenapa? Sebab anda cuma akan dapat katil dan side table jika anda menyewa di sini. Bilik hotel ini tiada dinding, bumbung dan bilik mandi. Tetapi akan ada penyambut tetamu yang akan menyambut kedatangan anda dan menghidangkan anda kopi dan sandwich.

The Null Stern (bermaksud Zero Stars), hotel yang diilhamkan oleh Frank dan Patrick Riklin ini ingin menggalakkan pengunjung untuk tidur berbumbungkan langit,bulan dan bintang serta untuk anda menikmati panorama cantik pergunungan Alps tanpa sebarang halangan. Cuma masalahnya toilet paling dekat untuk hotel ini berada kira-kira 10 minit jika berjalan kaki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sewa untuk bilik ini adalah USD254 (lebih kurang RM1023) untuk satu malam dan anda akan dapat refund jika cuaca buruk pada tarikh anda ingin menginap. Bagus juga polisi hotel ini. Anda boleh ke laman rasmi hotel ini di sini jika anda mahu membuat tempahan. Kalau anda bawa sleeping bag dan tidur di pegunungan Alps, sama sahaja dan lebih jimat rasanya.

P/S : ‘Bilik’ ini telah fully booked untuk musim panas ini sehingga tarikh 31 Ogos 2016. Hebat.

air 4

air 5

air 7

air 8

air 2

Sumber