Sungguh ironi apabila melihat sebuah syarikat China yang terkenal dengan penggunaan paten syarikat negara luar membuat saman kepada Syarikat Korea iaitu Samsung.

Huawei pada hari ini telah membuat saman berikutan Samsung gagal untuk melesenkan paten serta menggunakan teknologi mereka pada telefon pintar LTE keluaran mereka. Hal ini mungkin juga disebabkan Samsung terlepas pandang memandangkan beberapa paten yang ditawarkan Huawei adalah percuma.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

samsung-galaxy-s7-edge-sg-16

Pihak Huawei juga mengesahkan mereka tidak menerima sebarang royalti atas penggunaan paten mereka buat masa ini. Dalam pada itu, Huawei berharap Samsung akan berkongsi beberapa teknologi Samsung untuk digunakan pada telefon pintar Huawei berbanding dibayar dengan wang jika mereka memenangi saman ini. Agak melucukan bukan?

Sumber