Selepas berlangsungnya event Apple Keynote baru-baru ini, Apple telah berjaya melancarkan iPhone 7 yang hadir tanpa sokongan headphone jack. Seperti produk Apple yang lain, iPhone 7 tidak terlepas untuk terkena ‘troll’ atau mungkin juga boleh diklasifikan sebagaiĀ ‘free marketing’.

Mungkin disebabkan terlalu banyak yang bertanya mengenai headphone jack serta mengangap port tersebut masih releven untuk diletakkan pada iPhone, Syarikat Daptr telah mencipta sebuah case dimana memuatkan 3.5mm headphone jack.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

daptr-apple-iphone-7-case-headphone-jack-1

Ironinya anda perlu memuatkan iPhone serta extension headphone jack pada case tersebut serta bakal membuatkan iPhone anda lebih panjang dan tebal. Kami tak pasti adakah ini sebuah langkah bijak atau sebuah lagi produk diwujudkan untuk terus ‘troll’ iPhone.

Dalam pada itu, Apple turut menyertakan converter lightning port kepada headphone jack buat setiap pembelian Apple iPhone 7. Buat anda yang berminatu untuk mendaptakan case Daptr anda boleh dapatkan seawal disember ini dengan harga jualan $49 USD (~RM202).

Jika sebelum ini Apple kerap menggunakan tagline ‘there’s an app for you’, mungkin tagline ‘there’s an accesory for you’ lebih releven buat iPhone 7.

Sumber