Sedikit perkongsian bagi yang akan ke Jepun dan yang ingin melihat pokok Kochia.

Sesiapa yang akan pergi ke Jepun dalam masa terdekat ini terutama dalam bulan Oktober bolehlah cuba pergi ke Hitachi Seaside Park untuk melihat keindahan dan kemerahan pokok kochia yang memang cantik, tertarik dan menarik.

Waktu yang sesuai untuk melihat pokok kochia merah menyala mcm dalam gambar ini adalah bermula awal October sehingga peretengahan Oktober (20 Oktober masih boleh tengok).

Hanya setahun sekali sahaja anda berpeluang untuk tengok pokok kochia di Hitachi Seaside Park iaitu pada bulan October.

Jadi yang dah plan ke Jepun dalam masa terdekat ni boleh masukkan Hitachi Seaside Park dalam list anda kerana keadaan disini memg cantik dan berbaloi untuk pergi. Selain pokok kochia, kat sini juga ada pokok cosmos yang berwarna pink dan putih.

Untuk ke Hitachi Seaside Park ada 2 cara iaitu dengan menaiki train atau bas. Bagi pendapat saya naik bas lebih mudah dan jimat berbanding train.

Kalau naik train anda terpaksa tukar train dan tiada direct train terus ke Hitachi Seaside Park so agak merumitkan untuk tukar-tukar ni.

Tapi terpulang pada kehendak dan keselasaan masing-masing tiada sebarang paksaan. Memandangkan saya travel secara bajet jadi saya memilih menaiki bas untuk ke Hitachi Seaside Park.

Baca: 15 Tip Dan Itinerari 5 Hari 4 Malam Ke Pulau Okinawa, Jepun

Di sini saya kongsikan cara menaiki bas untuk ke Hitachi Seaside Park. Tiket bas boleh dibeli di Tokyo Station. Bas akan berlepas dari Tokyo Station terus ke pintu masuk Hitachi Seaside Park.

Jadi anda tak perlu risau atau takut terlepas tempat dan sebagainya kerana bas memang terus direct ke sana tak ada singah di mana-mana. Jangan risau dijamin selamat sampai. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 35 minit bergantung kepada keadaan trafik.

Kalau boleh dinasihatkan pergi pada hari bekerja dan elakkan pergi pada hari cuti dan di hujung minggu.

Harga tiket bas return dari Tokyo station ke Hitachi Seaside Park adalah sebanyak 3,800 yen. Untuk penjimatan beli siap-siap tiket balik. Jika anda beli tiket sehala, harganya 2,250 yen. Agak merugikan. Lebih baik beli tiket pergi balik dan dapat diskaun.

Tiket bas berkonsepkan free seating and first come first serve. So make sure datang 30 minit awal sebelum bas bertolak. Bas akan bertolak on-time jadi sekali lagi diingatkan jangan lambat, bas tak akan tunggu anda ye. Seminit lambat pun tak boleh, so please take note. Jepun sangat tegas mengenai masa.

Kelebihan menaiki bas adalah anda akan dapat melihat keindahan panorama landskap yang cantik sepanjang perjalanan ke Hitachi Seaside Park.

Harga tiket masuk ke Hitachi Seaside Park adalah 410 yen dewasa, 80 yen untuk kanak-kanak 7- 14 tahun, percuma untuk kanak-kanak bawah 6 tahun dan 210 yen untuk dewasa 65 tahun ke atas.

Sediakan duit syiling siap-siap sebabnya pembelian tiket masuk ke sini dibuat menggunakan mesin. Di sini saya kongsikan beberapa keping gambar keadaan di Hitachi Seaside Park. Harap info ini dapat membantu anda sampai ke sana dan travel secara bijak. Selamat mengembara.

Harga tiket masuk ke Hitachi Seaside Park :

410 yen – dewasa
210 yen – dewasa berumur 65 tahun ke atas
80 yen – kanak-kanak berumur 7-14 tahun
Free – kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah

Tiket bas (pergi balik) Tokyo Station – Hitachi Seaside Park = 3,800 yen

Waktu operasi Hitachi Seaside Park:

9:30 pagi – 5:00 petang (1 March – 20 July, 1 September – 31 October)
9:30 pagi – 6:00 petang (21 July – 31 August)
9:30 pagi – 4:30 petang (1 November – end of February)

Untuk maklumat lanjut mengenai Hitachi Seaside Park anda boleh check di website Hitachikaihin.jp

Semoga bermanfaat untuk semua.

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-1  cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-3

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-5

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-4

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-6

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-7

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-8

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-9

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-10

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-11

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-12

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-13

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-14

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-15

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-16

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-17

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-18

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-19

cara-ke-hitachi-seaside-park-jepun-20

Baca lagi: Cara Keluarkan Duit Yen Dari Mesin ATM Di Jepun Dengan Kad Debit Bank Malaysia