Sejak akhir-akhir ini, mengembara cara backpacker telah mencuri tumpuan ramai kerana kosnya yang jauh lebih murah dan adventurous.

Pada pendapat saya, mengembara bukanlah sekadar mengumpul stamp dan melihat negara orang, tetapi ia juga adalah untuk mendalami cara hidup masyarakat tempatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apabila saya travel, saya amat suka jika dapat melawat tempat yang kurang atau tiada pelancong supaya saya boleh rasai bagaimana kehidupan orang tempatan di situ.

Platform yang terbaik untuk mendapatkan pengalaman seperti ini adalah melalui Couchsurfing. Bukan sahaja platform ini free, tetapi di platform inilah saya mendapat ramai kawan dari berbagai negara.

Memang benar ada ketikanya Couchsurfing pernah menjadi isu kerana ianya dikatakan kurang selamat digunakan, tetapi tidak semuanya buruk dan hakikatnya kelebihan couchsurfing melebihi keburukannya.

Walaupun saya hanya sempat merasai Couchsurfing di 2 negara, saya juga banyak menjadi host dan guide bagi pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia.

Di sini saya ingin memberikan tips-tips penting untuk anda yang ingin mencuba couchsurfing buat kali pertama.

tip-guna-couchsurfing-5
Couchsurfing guide bersama Couchsurfer dari Germany

SEBELUM TINGGAL

1. Anda mesti mempunyai profil yang lengkap

Isi page About dengan sebaiknya. Penerangan tentang diri anda tidak perlu panjang tetapi ianya perlu menggambarkan tentang diri anda. Jangan malas untuk mengarang di page ini kerana ia adalah sesuatu yang bakal host anda akan baca dan nilai sebelum beliau ambil keputusan untuk terima anda.

2. Anda harus mempunyai reference

Reference amatlah penting. Ia boleh membantu meningkatkan peluang anda untuk diterima oleh host bakal host.

Untuk mendapatkan reference, sekiranya anda mempunyai kawan yang sudah biasa dengan Couchsurfing, adalah digalakkan untuk meminta pertolongan mereka untuk tuliskan satu reference untuk anda.

Bagaimana pula untuk anda yang tidak mempunyai kawan yang biasa dengan Couchsurfing?

Tidak mengapa, cuba untuk menjadi guide couchsurfing sebagai permulaan. Atau, anda boleh menghadiri KL Couchsurfing Weekly Meeting pada setiap hari Rabu di Bukit Bintang, KL.

Jika anda tidak dapat hadir, ada pelbagai lagi jenis event yang dianjurkan oleh berlainan Couchsurfing group. Cari di link coursurfing group ini sekiranya anda di KL, dan filter tempat untuk mencari pelagai event di negeri lain.

Di sini, apabila anda telah bertemu CouchSurfers tegar, mungkin anda boleh meminta pertolongan mereka untuk menulis reference untuk anda. Pastikan mereka juga sudah selesa bersama anda.

3. Filter tempat yang anda ingin pergi

Kadang-kadang apabila anda sudah filter, sebagai contoh, Amsterdam, ia akan mempamerkan tempat yang sebetulnya atau tempat sekitarnya. Jadi berhati-hati semasa membuat pilihan.

Jika anda tidak kisah, walaupun ada tempat host yang agak jauh dari tempat yang ingin dilawati, jangan risau, akan ada pelbagai cara untuk ke destinasi tersebut. Selalunya jarak ke destinasi hanyalah 3 – 5 station subway, metro, atau bas dari tempat host anda.

tip-guna-couchsurfing-1
Host pertama saya di Leiden, Amsterdam.

4. Baca tentang host anda sebelum request

Apa perasaan anda sekiranya orang yang tidak dikenali meminta untuk menginap di rumah anda tanpa apa-apa keinginan untuk membaca apa yang anda sudah karangkan tentang diri anda di page tersebut?

Ini adalah salah satu penyebab kenapa anda tidak berjaya mendapatkan kebenaran untuk tinggal di tempat bakal host tersebut. Apabila anda request kepada bakal host, cuba untuk sebutkan beberapa perkara yang anda tahu tentang host seperti yang tertera di page mereka.

couchsurfing-host-in-fischbach-luxembourg

5. Hantar request kepada lebih daripada seorang host

Anda boleh cuba untuk mencari bakal host 2 atau 3 minggu sebelum tarikh anda ingin ke tempat tersebut. Ini kerana, akan ada bakal host yang respond tetapi mereka mungkin tidak boleh menerima anda kerana pelbagai halangan di pihak mereka, atau ada yang tidak akan reply request anda.

Jadi sebaiknya anda hantar request ke seberapa banyak host untuk meninggikan peluang anda. Contoh request yang telah saya gunakan dan mendapat respon:

Hi,
I am Zalikha from Malaysia. I hope you are doing great.

I saw from your profile that you have been in Malaysia. How was it? I hope Malaysia treat you nice.

I am coming to Luxembourg and judging through the Google picture, your country is so beautiful. I would like to know about your culture and take awesome photos.

A little bit about me is I am very outgoing. I enjoy chatting about stuff in general or even a serious one; I am a good listener too. And in return, I can show you how to cook a Malay dish and I clean the dishes afterwards as well.

I am hoping that you are available at the time of my arrival. I hope to hear from you soon.

Cheers.

5. Berikan maklumat untuk dihubungi  dan tarikh / masa ketibaan anda

Apabila bakal host anda sudah setuju untuk menerima anda, jangan lupa untuk memberi maklumat tentang ketibaan dan nombor telefon anda. Cuba untuk berkomunikasi dengan Whatsapp, messenger atau text, ianya lebih mudah.

Baca: Travel 83 Hari Di India, Lelaki Ini Berkongsi 20 Tip Survival Sewaktu Di Sana

tip-guna-couchsurfing-2
Host kedua saya di Fischbach, Luxembourg

SEMASA TINGGAL

1. Sentiasa menghormati privasi host anda

Sebaiknya cuba untuk tidak meyusahkan host anda dengan menjadi couchsurfer yang pembersih dan ringan tulang.

Adalah penting untuk kita menjaga privasi host anda kerana mereka juga adalah orang asing yang ikhlas menerima anda, atau mereka mungkin mempunyai teman serumah atau ahli keluarga lain.

Jadilah couchsurfer yang berhemah dengan menjaga kebersihan, bersedia membantu mereka sekiranya mereka menyediakan makanan untuk anda dan tidak bergantung sepenuhnya kepada host anda untuk berjalan dan melawat di lokasi menarik di sekitar lokasi hot mahupun di bandar berdekatan.

2. Ikut rancangan mereka jika mereka ingin membawa anda melawat lokasi di sekitar

Memang anda sudah mempunyai rancangan sendiri, tetapi adalah digalakkan untuk tidak menolak jika host anda mengajak anda untuk ikut rancangan mereka.

Salah satu yang menarik tentang couchsurfing adalah host akan cuba meluangkan masa untuk couchsurfer mereka jadi anda juga perlu melakukan benda yang sama.

3. Belanja mereka

Anda sudah mendapat tempat tinggal percuma selama anda tinggal di rumah host anda. Adalah baik sekiranya anda membalas jasa kepada host anda dengan belanja mereka makan sama ada sarapan, makan tengahari atau makan malam mengikut kemampuan anda.

MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL

1. Berikan Ole-ole

Selalunya saya cuba jadikan tabiat untuk memberi keychain dari Malaysia untuk dijadikan buah tangan kepada host saya. Sekiranya anda tiada ole-ole dari Malaysia, anda boleh berikan apa saja yang dikira menarik dan bersesuaian dari tempat yang telah anda lawati.

couchsurfing-guide-dari-brazil-di-klcc
Couchsurfing guide dengan couchsurfer dari Brazil KLCC

2. Return the favor

Cuba ringankan mulut untuk jemput mereka ke tempat anda sekiranya satu hari nanti mereka akan berkunjung ke Malaysia pula. Meski pun mungkin tidak dapat menjadi host mereka, tidak mengapa. Anda masih boleh menjadi tour guide mereka sewaktu di Malaysia.

3. Jangan lupa tinggalkan reference

Anda boleh menulis reference untuk mereka dan mereka juga akan meninggalkan reference untuk anda. Seperti yang telah saya beritahu, reference adalah amat penting. Jadi untuk dapat reference dari host adalah satu pencapaian yang baik.

tip-guna-couchsurfing-4

Menjadi couchsurfing guide. Ini selepas berbuka puasa di bulan Ramadhan dengan couchsurfers dan traveler dari Japan, Germany, Mexico dan UK.

Saya masih baru dalam Couchsurfing ini. Saya amat mengalu-alukan sekiranya lebih ramai traveler menggunakan platform ini kerana ia memang telah mengubah cara saya melihat dunia.

Saya kini menjadi seorang yang amat menghargai kenalan yang saya temui semasa Couchsurfing kerana kepercayaan dan layanan baik mereka kepada saya.

Pengalaman Couchsurfing amat berharga bagi saya dan kepada yang masih belum mencubanya, cubalah walaupun hanya sekali seumur hidup.

Saya harap tips ini dapat membantu anda dan sekiranya anda mempunyai lebih banyak tips, sila tinggalkan di ruang komen.

Baca lagi: 5 Tip Pertama Kali Tinggal Dengan Couchsurfing Sewaktu Travel