Nota Editor: Catatan ini telah dikongsikan di Facebook Arif Afifi Mohamad Sukri, seorang pelajar yang telah berjaya menurunkan berat badan tanpa menggunakan ubat kurus. Kami kongsikan semula catatan beliau di sini dengan izin dari penulis. Semoga bermanfaat.

RENDAH DIRI KERANA GEMUK?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya pernah tergolong di dalam mereka yang mengalami masalah obesiti dan saya tahu betapa mereka yang obes ini seringkali mempunyai masalah keyakinan terhadap diri sendiri.

Kita malu bila nak ke pasaraya besar untuk beli pakaian dek ukur lilit pinggang yang besar. Rasa malu bila hanya baju jenama ‘My Size‘ sahaja yang boleh di pakai dan anda tidak ada banyak pilihan!

Kalau ada jenama lain pun tentu saja baju atau seluar itu diperoleh daripada kedai bundle atau mungkin ditempah khas dengan harga yang mahal.

arif-2

Pasal sukan? Lagilah rasa kerdil. Kita rasa tidak ada keyakinan bermain dan pasti kurang kemahiran seperti teman-teman yang lain. Tak sampai 2 minit dah tercungap-cungap. Penat.

Public Speaking, nak bercakap depan orang pun buat kita gugup. Mana tidaknya, kita rasa mata-mata yang ada di hadapan semuanya memandang sosok tubuh kita yang besar dan gemuk itu.

Nak cari calon isteri saya tak mahu komen. Hehee. Serius, rata-rata mereka yang menghadapi masalah berat badan akan rasa lebih rendah hati dan malu untuk lamar wanita yang mereka cintai.

Baca: Tanpa Pil Kurus, Lelaki Ini Berjaya Hilang 40kg Dalam Masa 3 Bulan

JANGAN BEGITU!

Prasangka keterlaluan ini akan buat kita rasa lebih rendah diri dan tawar hati untuk terus bergaul dengan masyarakat dan teman-teman yang lain.

Nasihat saya, terus tingkatkan keyakinan diri walau apa pun yang berlaku pada diri kita. Baik gemuk, besar, tembun inilah hakikat diri kita ketika ini dan semestinya kita harus menghormati diri sendiri.

Saya tidak pernah rasa malu untuk bersama rakan-rakan yang jauh lebih kecil badannya. Kerana inilah diri saya.

Faktor berat badan dan tubuh yang gemuk buat kita rasa rendah diri boleh di atasi dengan menghadapi cabaran itu. Bukan dengan lari.

Kadang-kadang rakan-rakan sekeliling sebenarnya boleh terima kita dan tak ada pun prasangka buruk terhadap kita.

Hanya perasaan kita sahaja yang sentiasa ingin perjatuhkan diri dengan sehina-hinanya kerana kegemukan itulah buat kita rasa mereka sentiasa sangka buruk pada kita.

Rasa terlalu rendah diri akan buat kita makin hilang kawan dan teman. Selain itu, sifat hormat kepada diri sendiri juga akan terhakis. Kita seolah-olah tidak pernah hargai apa yang adanya kepada kita.

Sudah tentu, jika anda tidak mahu menerima keadaan diri anda buat masa sekarang (gemuk) maka suatu perubahan harus dibuat. Dengan usaha untuk kurangkan berat badan. Hehe.

arif-3

Pesanan ringkas, carilah teman yang boleh terima kita seadanya. Persahabatan atas faktor keikhlasan dan kasih sayang tidak memerlukan rupa paras yang cantik atau harta yang banyak. Ia lahir dari hati yang tulus. Tulus menerima.

Cuba sentiasa kata kepada diri, “manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan aku yakin, aku ada kelebihan yang masih belum aku terokai.”

Lazimi selalu majlis-majlis ilmu dan dekatkan diri dengan tuhan buat anda tenang dan tidak hiraukan siapa saja yang kurang senang terhadap diri anda. Cuba cari apa kelebihan yang anda ada.

Kalau kita pandai bertukang, manfaatkan agar kita dapat jadi si tukang yang baik. Kalau kita pandai dalam perisian komputer ciptalah beberapa software yang akan beri manfaat kepada semua.

Kalau pandai menulis, tulislah perkara yang bermanfaat di FB. Asalkan hidup anda terasa bermanfaat. Bergembiralah.

Anda tidak selalu dapat mengubah orang lain, tetapi anda dapat mengubah bagaimana anda menghadapi mereka. Teruskan penghidupan itu, buangkan resah itu.

Coretan ringkas ini bukan bermakna saya menggalakkan anda untuk terus menggemukkan badan.

Setidak-tidaknya ia mampu mencipta kembali semangat anda untuk tidak rasa terhina berhadapan dengan mereka yang ANDA SANGKA lebih baik.

Jika anda rasakan, kegemukan pada masa ini harus segera ditangani demi mencapai kesihatan yang jauh lebih baik, maka saya sarankan mulakan dari sekarang.

Cuma apa yang anda ada sekarang, nikmatilah. Jangan rasa terasing, jangan rasa terpisah.

Insyaallah, saya yakin selagi kita ada tekad yang terpelihara di dalam semangat, maka kita kita tidak akan pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baru.

Saya dalam proses untuk menerbitkan satu e-book tips-tips ringkas dan mudah mengurangkan berat badan tanpa suplimen. Biiznillah setelah siap, saya akan maklumkan kepada sahabat-sahabat semua.

Terus bangkit dan rasa hebat dengan nikmat hidup. Live your life with happiness!

Baca lagi: Demi Keluarga, Lelaki Ini Sanggup Turunkan Berat Badan 125kg Dalam Masa 18 Bulan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram