Persaingan di antara ‘ride-sharing app’ seperti Uber/Grab dan teksi telah berlaku di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali.

Uber/Grab dikatakan telah mengganggu periuk nasi pemandu teksi di Malaysia. Maka digerakkanlah demonstrasi pada hari bekerja selama setengah hari dalam usaha menarik perhatian kerajaan dan orang ramai. Bagaimana demonstrasi tersebut mampumengurangkan permintaan terhadap Uber dan Grab masih menjadi misteri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada masa yang sama telah wujud beberapa ‘app’ bagi membantu pemandu teksi. Kewujudan aplikasi seperti iTeksi dan Taxi2u- walaupun dialu-alukan, tetapi masih tidak menangani isu sebenar yang membelenggu pemandu teksi sekian lama.

Apakah isu tersebut?

13177804_499597793581459_4138996625754563037_n

Isu pertama adalah struktur kos (cost structure).

Kita semua tahu bagaimana amalan industri teksi di Malaysia. Kerajaan mengeluarkan permit teksi dan diberikan syarikat dan ada permit untuk individu untuk mereka beroperasi.

65,292 permit teksi telah dikeluarkan dan 62% (40,480) adalah diberi kepada syarikat dan selebihnya kepada individu.

Syarikat-syarikat yang memegang permit ini kemudiannya menyewakan permit tersebut kepada pemandu teksi. Biasanya, permit tersebut disewakan sekali dengan kereta dalam konsep ‘sewa-beli’ atau sistem pajakan.

Maka, pemandu-pemandu ini akan mengikat kontrak dan bersetuju untuk membayar sejumlah bayaran tetap setiap hari kepada syarikat pemegang permit teksi.

Permit dapat, kereta pun dapat. Bagus bukan? Malangnya, tidak.

Pemandu-pemandu teksi yang terikat dengan sistem pajakan ini terpaksa membayar kos yang mahal iaitu RM55 sehari. Ini bermaksud RM1,650 sebulan bagi tempoh 5 tahun. Dan…mereka hanya mendapat kereta Proton Saga atau Persona (harga pasaran: RM500 sebulan). Sedangkan pada kadar bulanan itu, mereka boleh perolehi Honda Civic ataupun Toyota Altis.

Persoalanya, mengapakah mereka dikenakan bayaran lebih 3 kali ganda?

Malaysian-Taxi-Drivers

Kita boleh faham sekiranya syarikat teksi menggunakan duit sewaan tersebut untuk melabur kembali kepada teknologi dan kualiti servis bagi memajukan industri teksi negara. Namun, nampaknya tidak.

Jika tidak, mengapa pemandu teksi kita dikatakan adalah yang terburuk di dunia?

Jadi, adakah syarikat-syarikat yang diberikan permit teksi ini hanya untung atas angin? Adakah tidak ada nilai tambah yang diberikan kepada pengguna, industri dan juga kepada sistem pengangkutan awam bandar? Nampaknya, ya.

Di sinilah punca utama yang menyebabkan pemandu teksi sukar untuk bersaing dengan pemandu Uber dan Grab.

Mereka memulakan ‘persaingan’ dengan liabiliti RM55 setiap hari. Sedangkan kos pemandu Uber dan Grab adalah kosong (RM0).

Pemandu teksi tidak mempunyai kekerapan mendapat penumpang yang tinggi sebagaimana pemandu Uber dan Grab. Biasanya mereka mengambil masa 4-6 jam untuk meperoleh RM55 bagi ‘break-even’.

Tanpa teknologi dalam membantu meningkatkan kekerapan mendapatkan penumpang telah mengakibatkan pemandu teksi menunggu di lapangan terbang, stesen LRT, pusat beli belah berjam-jam lamanya hanya untuk mendapatkan seorang penumpang. Bukankah ini tindakan yang kurang produktif?

d352

Disebabkan kurang produktif, mereka terpaksa bekerja lebih 10 jam sehari bagi mendapatkan keuntungan.

Sedangkan, pemandu Uber dan Grab hanya perlu bekerja beberapa jam untuk mendapat untung kerana kos mereka rendah dan kekerapan mendapatkan penumpang adalah tinggi.

Bukankah ini suatu persaingan yang tidak adil?

Isu kedua adalah ‘peak-hours reliability’ iaitu kecekapan ketika waktu puncak.

Secara amnya, permintaan terhadap teksi berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan. Permintaan menjadi sekali ganda lebih banyak ketika hujan, waktu pergi/balik kerja dan malam minggu. Dalam erti kata lain, permintaan adalah elastik.

Akan tetapi, ‘supply’ teksi adalah tetap (constant).

Pemandu teksi mendakwa berlaku lambakan teksi di jalan raya. Namun, pihak berkuasa berpendapat sebaliknya dengan mengatakan permintaan tidak pernah cukup.

tips-ride-taxi

Siapakah yang benar? Jawapannya, kedua-duanya.

Lambakan teksi berlaku ketika di waktu ‘non-peak hours’ dan permintaan meningkat apabila ‘peak hours’.

Oleh itu, bagaimanakah teksi mampu menangani isu tersebut?

Uber dan Grab nampaknya berjaya memberikan solusi dengan menggunakan kaedah fleksibiliti harga di mana kadar tambang di kawasan yang sedang sibuk akan dinaikkan. Ini membuatkan pemandu Uber dan Grab terdorong untuk ke sana bagi memenuhi permintaan.

Pemandu teksi tidak mempunyai keupayaan sedemikian dan membawa kita kepada isu ketiga iaitu fleksibiliti harga.

Kadar tambang teksi adalah tetap berdasarkan meter. Selain daripada caj minimum, sistem perkiraan tambang meter ataupun kupon tidak akan boleh mengatasi isu ‘peak hours reliability kerana pemandu tidak ada insentif bagi memenuhi permintaan yang sentiasa berubah-ubah.

Mengambil kira tiga isu ini, apakah perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian?

Wajarkah perkhidmatan ‘ride-sharing app’ diharamkan?

Adakah sudah tiba masanya konsep pajakan teksi dimansuhkan?

Baru-baru ini jadi viral berkenaan TS Wahid Omar bawa Uber. Kebetulan pula keluar dah berita SPAD akan perkenalkan solusi bagi membenarkan operasi Uber dan Grab.

13435511_514308822110356_5486927283350572302_n

Terdapat juga sesetengah pihak yang mahukan Uber dan Grab diharamkan servis mereka.

Kononnya dengan pengharaman ini, periuk nasi pemandu teksi akan terbela.

Sekali pandang, memang rasional sentimen ini dan ada kebenarannya juga.

Tetapi adakah dengan pengharaman servis seperti Uber dan Grab ini akan menyelesaikan masalah-masalah meruncing seperti kualiti servis teksi, ‘peak-hour reliability’, dan ‘urban mobility’?

Bagaimana pula dengan ‘underserved area’ seperti Salak Selatan, Sepang, Selayang, Rawang yang tidak mempunyai jaringan LRT/MRT dan kekurangan teksi?

Uber boleh menyediakan perkhidmatan mereka kerana mereka mempunyai ‘price-mechanism’ yang elastik untuk mengajak pemandu-pemandu mereka ke kawasan-kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, 17% perjalanan Uber adalah bersifat ‘last-mile trip’ yang mana pengguna menggunakan Uber untuk pergi ke pejabat atau pulang ke rumah dari stesen LRT.

Ketika waktu puncak seperti ‘office hour’ atau hujan lebat, perkhidmatan teksi tidak mencukupi untuk mengambil penumpang ekoran permintaan yang tinggi. (Double volume selalunya).

Uber-Ramadan-Malaysia

Dengan Uber, purata waktu mengambil penumpang di Kuala Lumpur adalah 4.1 minit. Walaupun ianya masih tinggi berbanding dengan New York (2.8 minit) dan London (3.3 minit), ia jauh lebih baik dari mencuba nasib dengan menanti di tepi jalan

Oleh itu, 350 ribu pengguna Uber (yang telah berdaftar) tidak semestinya akan kembali menggunakan teksi walaupun perkhidmatan Uber diharamkan.

Apatah lagi, dalam skala Uber sekarang- mereka telah mewujudkan sebuah industri yang mana telah menyumbang kembali kepada ekonomi negara.

Berapa banyak?

Dengan 60 ribu pemandu Uber (18% pemandu sepenuh masa dan selebihnya hanya membawa 10 jam seminggu) dan 250 ribu perjalanan ‘completed’ pada 2015, nilai ekonomi Uber adalah sekitar RM200 juta sebulan.

Maknanya setahun dalam RM1.2 billion.

Selepas ditolak komisen Uber sekitar 20-25%, kita bercakap tentang hampir RM1 billion yang mengalir dalam ekonomi negara dalam bentuk pendapatan kepada pemandu. (baca: rakyat Malaysia).

Purata pendapatan pemandu Uber adalah RM4,800 sebulan. Lebih tinggi dari purata pendapatan kebanyakan pekerjaan.

Ini tidak dikira kesan hiliran seperti sumbangan kepada bengkel kereta melalui penyelenggaraan kenderaan oleh pemandu Uber, cukai pendapatan kepada kerajaan dan lebih penting- peningkatan produktiviti hasil daripada penjimatan masa yang diperolehi dengan menggunakan Uber.

Oleh itu, jika kita merupakan pembuat dasar- perkara-perkara ini perlulah diambil kira.

Apa yang perlu ditanya adalah ‘apakah yang kita mahu?’

Periuk nasi pemandu teksi?
Pengangkutan awam yang lebih effisien tanpa monopoli syariakt permit teksi?
Produktiviti yang meningkat?
Keselamatan perjalanan menggunakan Uber/Grab?

Di akhirnya, sudah pasti akan ada pihak yang ‘lose-out’ daripada situasi ini. Tetapi pihak yang rugi tidak semestinya akan terus kerugian.

Mereka boleh diberikan ganti rugi dalam pelbagai bentuk lain.

Apakah solusi terbaik kepada isu ini? Bersambung ke bahagian akhir.

(Data yang digunakan adalah untuk kes Uber sahaja. Atas sebab tertentu, data berkenaan Grab tak dapat)

BACA: Pemandu Uber Ini Beritahu Bagaimana Dia Beroperasi Dan Pendapatannya

Daftar Uber sekarang dan dapatkan tambang PERCUMA untuk kali pertama di sini.

‪#‎UberTeksi‬

MatRodi