Kurang lebih sebulan sahaja lagi sebelum Samsung melancarkan smartphone flagship terbaru mereka kepada umum. Syarikat ini pada kali ini mengambil langkah berhati-hati dengan tidak mahu tergesa-gesa dalam mengeluarkan smartphone bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini.

Seperti juga smartphone keluaran jenama lain, Samsung juga tidak terlepas untuk menjadi mangsa gossip terbaru dengan pengeluaran gambar model dan spesifikasi daripada sumber yang boleh dipercayai. Siapa lagi kalau bukan Evan Blass. Berikut merupakan antara yang tertiris tempoh hari.

Seperti juga iPhone, Samsung bakal mengeluarkan dua model pada kali ini. Kemungkinan bukan lagi siri Samsung Galaxy Edge tetapi Samsung Galaxy S8 Plus. Model ini hadir dengan rekabentuk yang nipis, elegant serta saiz skrin yang sangat besar iaitu 6.2-inci. Kami tidak pasti jika para pengguna berasa selesa atau tidak dengan saiz ‘gergasi’ ini.

Segalanya bakal terjawab pada 29 Mac 2017 ini apabila Samsung bakal melancarkan dua model flagship mereka. Kemungkinan tiada lagi home button bakal disertakan Samsung, begitu juga dengan model terbaru Apple.