Salam semua sahabat Jebon. Harap semua dilindungi dan berada dibawah lindungannya. Pepagi ini tergerak nak bersembang aka membebel, bukan pasal dunia motorsport ya. Kali ini melencong sikit.

Bukan apa semalam ada bersembang dengan seorang sahabat ini. Sembang pasal bisnes dan kehidupan, beliau kini merupakan ahli perniagaan yang boleh dikatakan berjaya. Agak mewah jugalah kehidupannya. Alhamdullillah syukur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bapak Jebon memang suka tengok ahli-ahli shahadah ni berjaya. Tapi di sebalik kejayaan dan kesenangan yang dikecapi beliau sebenarnya selalu ditimpa musibah. Bukan takat beliau sahaja malah seluruh ahli keluarga, mak bapa adik beradik.

Maka bermulalah sesi persembangan dengan bapa Jebon sampai menyasar sampai pukul 4 pagi tadi.

Sahabat Jebon ini Ali. Itu bukan nama sebenar. Dia memulakan bisnes online sejak 4 tahun lepas. Macam-macam produk dijualnya secara dropship dan direct. Segala macam benda dibuatnya asal online dia sebat. Pendapatan 4 ke 5 angka selamber saja.

Tapi itulah semenjak buat bisnes ini banyak musibah menimpa. Antaranya, sakit, accident, bencana dan pernah dahan pokok tumbang hentam kereta dia saja. Kereta sebelah calar pun tak. Jadi, Ali berceritalah pada Jebon pasal hal ini. Kenapa? Mengapa? Apa hal? Maka bermuzakarah kami semalam.

Dia redha semuanya datang dari Allah. Tetapi puncanya haruslah dicari dan diperbetulkan. Cari punya cari akhirnya kami rasa kami jumpa punca segalanya.

Rupa-rupanya kebanyakkan produk yang Ali jual merupakan produk pengguna dan Ali sendiri meragui keberkesanan produk-produk tersebut. Asal jual ada untung lebih beliau akan pilih. Sampai ada produk yang menggunakan testimoni yang dibuat sendiri. Syok sendiri konon-konon berkesan tanpa diuji dan disahkan keberkesanannya. Laaaaaaaa mengucap panjang si Ali ini, bukan nama sebenar.

Apakah hukuman yang patut diterima jika kita membantu menjual produk-produk yang sebegini?

Pada bapa Jebon kita sebagai manusia berakal sepatutnya boleh mengkaji sebelum menjual apa-apa produk di pasaran. Bukan sekadar belasah saja janji untung. Banyak produk-produk yang betul-betul berkualiti yang boleh dijual. Pilih saja dulu betul-betul. Tak mahu buat aniaya pada orang yang membelinya.

Ini ambil air campur sebuk kunyit, tabur garam, letak perasa berri, letak dalam botol. Pastu tulis “buncitless jus, pasti kempis dalam 2 minggu.”

Fuiyoooooo… Senang benar buat duit!

Sebagai pemegang shahadah kita tak boleh belasah macam itu, memang kita jadi senang sebab Allah dah janji siapa usaha dia pasti berjaya. Jadi, memang berjayalah si Ali ini tadi. Tetapi pakej sekali dengan yang lain datang sekali itu yang tak sanggup tu.

Apa-apa pun semoga si Ali berjaya membetulkan apa yang tak betul. Semoga beliau terus berjaya. Bapa Jebon tumpang gembira saja.

Assalamualaikum dunia.