Bagi orang biasa seperti kita mungkin tidak tahu tentang kewujudan bilik rahsia di dalam setiap kapal terbang. Iyalah, setiap kali masuk sahaja apa yang kita lihat hanyalah tempat duduk dan tandas sahaja. Habis tidak pun apa yang kita nampak tempat menyimpan beg dan bilik pengendali pesawat.

Hakikatnya, pada setiap kapal terbang mempunyai bilik khas tersendiri di mana ia digunakan oleh krew penerbang untuk berehat. Terutama apabila melibatkan perjalanan panjang, namun lokasinya agak sulit yang mana tidak semua orang mengetahuinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kali ini saya akan bawa anda bersiar-siar di dalam kapal terbang menjejaki lokasi bilik rahsia ini. Jom kita lihat!

Dalam kebanyakan pesawat Boeing 777 dan 787 ruang khas di mana ia terletak di belakang kokpit iaitu di atas kabin di bahagian kelas perniagaan. Boleh rujuk pada gambar di atas untuk gambaran yang lebih jelas.

Untuk akses ke bilik rahsia ini, terdapat satu tangga jenis pilin (spiral) yang tersembunyi pada bahagian belakang pintu yang terletak bersebelahan kokpit. Pintu ini agak tersorok dan tidak begitu ketara dilihat. Ia juga memerlukan kunci atau kod untuk dibuka.

Sesetengah kapal terbang seperti Boieng 773 pula, untuk akses ke bilik rahsia ini tidak memerlukan tangga, tetapi melalui pintu yang terdapat di bahagian beg menyimpan bagasi. Memang stratergi sungguh!

Bilik rahsia ini biasanya terdapat dalam enam hingga 10 katil.

Bilik yang menempatkan anak kapal ini biasanya dilengkapi dengan lampu bacaan, cangkuk pakaian dan tempat menyimpan barang-barang peribadi. Kadang-kadang juga turut disediakan berserta set pakaian tidur.

Pada kapal terbang American Airlines Boeing 773, kedudukan katil dalam bilik rahsia ini terletak disetiap bahagian kiri dan kanan. Di tengahnya pula terdapat lorong kecil berfungsi sebagai laluan.

Manakala untuk pesawat Boieng 747, satu katil terletak di bahagian atas dan dilengkapi dengan langsir yang menghalang bunyi bising.

Pada pesawat Airbus A380, kawasan rehat untuk juruterbang pula kelihatan lebih cantik dan selesa.

Pesawat Boieng 777 juga terdapat bilik tambahan yang dikhaskan untuk juruterbang, turut disediakan bersama dua kerusi kelas perniagaan, dua tempat tidur, almari dan singki. Fasiliti ini bergantung pada tawaran yang disediakan mengikut syarikat penerbangan.

Tidak hairanlah kenapa kapal terbang dilabelkan sebagai kenderaan paling mewah sekali. Cool betul!

Sumber