Memuat naik gambar di Instagram mungkin merupakan dilema buat sesetengah individu. Lebih-lebih lagi jika anda sedang bercuti atau mempunyai gambar yang banyak untuk dimasukkan. Nak masukkan semuanya dikhuatiri followers berasa tidak selesa, manakala memasukkan dalam jumlah yang sedikit mungkin terasa rugi.

Kini dengan fungsi terbaru Instagram anda tidak perlu risau lagi. Sebabnya, Instagram bakal membolehkan pengguna mengurus gambar anda di Instagram dengan lebih terkawal. Anda cuma perlu memilih beberapa pilihan gambar dan upload sahaja secara terus. Instagram akan mengumpul sebilangan gambar tersebut untuk dijadikan sebagai satu set album.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat para pengguna lain yang ingin melihat gambar anda, mereka hanya perlu swipe untuk ke gambar seterusnya. Lebih menarik mengenai fungsi terbaru ini, Instagram turut menyediakan option bagi membolehkan pengguna memasukkan gambar dan video secara serentak.

Sememangnya fungsi terbaru daripada Instagram ini merupakan langkah aplikasi ini bagi mengatasi masalah spam. Harap selepas ini feed pengguna tidak lagi dibanjiri dengan gambar selfie yang seakan sama dari sudut berbeza.

Sumber